TESCOM, syarikat pengering rambut profesional yang terkemuka di Jepun akhirnya telah tiba di Malaysia. Pengering rambut profesional mereka mendapat sokongan padu dari salun-salun di Jepun kerana ketahanan dan keselamatannya yang sangat baik, dan mampu membuat rambut yang sihat sempurna berkilat, menjadikan mereka jenama pengering rambut profesional nombor satu di Jepun*. Kemasukan TESCOM ke pasaran Taiwan pada tahun 2014 telah mencipta hype besar dalam industri kecantikan, disyorkan oleh beberapa pakar dan blogger kecantikan.
Produk utama TESCOM, Beauty Collagen Hair Dryer yang pertama didunia direka untuk mengalakkan pertumbuhan rambut sihat dan melindungi kulit kepala, dengan teknologi unik – Beauty Collagen yang mengandungi elemen, kolagen dan ion negative, dimana kedua-duanya elemen tersebut memberi satu lapisan perlindungan untuk membantu mengekalkan kelembapan ke dalam kutikel rambut, mengurangkan kerosakan dari sinar UV yang merbahaya dan mengurangkan lebihan sebum ke atas kulit kepala, untuk memastikan rambut anjal, berkilat dan sihat.
Komponen kolagen dihasilkan daripada kotak kolagen apabila ia terdedah kepada haba. Kolagen tersebut boleh diisi semula setiap dua tahun** untuk memastikan ia masih berfungsi seperti yang dijanjikan. Dengan tombol kawalan tenaga berganda, pengguna boleh mengubah jumlah ion negative yang dikeluarkan dari salur keluar ion bergantung kepada keadaan rambut atau cuaca. Pengering rambut ini juga mampu mengekalkan suhu ke 60 darjah, mengelakkan kulit kepala dan rambut dari terlampau panas. Selain itu, menggunakan suhu rendah akan membantu untuk mencegah perubahan warna rambut, melindungi warna rambut sehingga tiga minggu.
TESCOM Beauty Collagen Hair Dryer buatan Jepun ini boleh didapati secara eksklusif di Superbuy.my. Untuk masa terhad, Superbuy.my menawarkan harga pengenalan yang istimewa pada RM499.99 (Harga normal RM599.00), boleh didapati dalam warna emas. Selain itu, pelanggan Maybank2U akan menerima hadiah istimewa apabila mereka membeli pengering rambut ini dari Superbuy.my. Ia juga boleh didapati di TouchPoint, kedai dimana pembeli boleh membeli di Superbuy.my dan memilih untuk mengambilnya sendiri di kedai.
*hasil kajian oleh Kolsultansi Jepun dari Mei hingga Jun 2015
**berdasarkan 15 minit untuk setiap sesi blow, dua kali sehari
https://www.youtube.com/watch?v=ITkC7uy0IkM