Sejak 2008 lagi Nando’s Art Initiative menjadi platfrom kepada anak-anak muda untuk mengembangkan bakat seni lukis. Kini, sebanyak 931 penyertaan untuk dua kategori yang di pertandingan Fine Art dan Digital Art dari 60 kolej dan universiti seluruh Malaysia. Apa yang menarik, pemenang utama NAI akan menerima sumbangan wang tunai dan dibantu oleh NAI membuka pameran seni solo mereka sendiri.
Bertempat di The Bouvelard, Publika, NAI mengumumkan pemenang-pemenang bagi dua kategori tersebut. Mereka dipilih melalui olahan seni yang kreatif dan jalan cerita yang menarik dari warna kanvas. Pemenang utama NAI 2016 kategori Fine Art ialah Siti Nor Hidayah Bt Mohamad Mokhtar dan Yau Boon Han bagi kategori Digital Art.
Bagi anda peminat seni lukis atau sering menghadiri mana-mana pameran seni, Nando’s menjemput anda ke pameran Fasa 1 di The Bouvelard, Publika pada 9 hingga 18 September 2016. Jika tidak berkesempatan ke sana, bermula 22 September hingga 19 Oktober 2016 pameran Fasa 2 akan berlangsung di Lot123 Chinatown.
Nando’s Art Initiative telah banyak mengeluarkan hasil karya seni dari anak tempatan sehingga ke luar negara. Sebagai contoh pemenang tempat kedua NAI 2008, Ali Bebit karya beliau dipamerkan di Museum of Fine Arts di Rusia dan World Museum Palazzo Arese Jacini di Itali. Usaha Nando’s Art Initiative telah menyemarakkan lagi industri bidang seni lukis tempatan serta melahirkan ramai lagi potensi bakat lukis dari generasi muda Malaysia.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Nando’s Art Initiative 2016 dan semoga terus sukses untuk karya seni akan datang!