Khidmat pesawat tambang murah Singapura, Scoot, kini membuka peluang kepada orang ramai untuk terbang ke kota lama Athens, Greece bermula 20 Jun tahun hadapan.
Buat julung kalinya, Scoot mengendalikan penerbangan paling jauh merentasi Asia Pasifik dan Eropah. Ini adalah merupakan penerbangan pertama seumpamanya ke benua tersebut.
Laluan yang bermula dari Singapura ke Athens itu bakal memanfaatkan pesawat jenis Boeing 787-8 Dreamliner. Apa yang lebih menarik adalah ia dilengkapi dengan lapan ruang rehat untuk anak kapal serta sejumlah 329 tempat duduk, termasuklah 18 di ScootBiz.
Scoot akan menawarkan empat penerbangan dari Singapura ke Athens setiap minggu yang akan mula berlepas pada 2 pagi waktu Singapura dan akan tiba di Athens sekitar jam 8.30 pagi waktu Athens.
Anda tidak perlu lagi berasa bosan ketika menghadapai perjalanan jauh di atas pesawat kerana Scoot akan menawarkan seleksi aktivit meyeronokkan untuk para penumpang nya termasuklah pelan Wi-Fi, sambungan plug untuk mengecas peranti, pilihan hiburan seperti rangkaian filem dan siri televisyen untuk ditonton dan banyak lagi!
Jika anda mahupun ketenangan berganda sementara menunggu untuk sampai ke destinasi, anda boleh membeli tempat duduk istimewa yang berada di ScootBiz iaitu ruang berasingan dilengkapi kerusi kulit boleh laras berserta makanan, minuman, hiburan tontonan, streaming penerbangan serta kemasukkan bagasi 30kg.
Harga yang ditawarkan oleh Scoot untuk penerbangan dari Malaysia ke Athens adalah semurah RM999 (termasuk cukai) untuk penerbangan dari 20 Jun 2017 hingga 31 Oktober 2017. Khas untuk warga Malaysia, promosi dari Scoot ini hanya sah dari hari ini hingga 31 Ogos 2016. Ayuh cepat buat tempahan sekarang!
Untuk jadual penerbangan, sila rujuk di www.flyscoot.com