Swarovski dengan bangganya mengumumkan kempen digital baharu dibintangi oleh duta jenama Karlie Kloss, yang akan berkongsi tips gaya untuk koleksi Crystaldust bagi musim luruh/sejuk 2016.
Untuk Karlie, keindahan produk terletak pada sifatnya yang serba boleh, “Saya suka bekerja dengan kumpulan pencipta yang berbakat dalam kempen ini dan melihat bagaimana gelang Crystaldust disesuaikan dengan setiap gaya yang ditonjolkan. Gelang Crystaldust mampu mengubah mana-mana wajah, sama ada di atas permaidani merah, pada set atau di dalam kelas, sinarnya memberikan keyakinan.”
Bersinar sebagai muka tengah untuk “Swarovski Crystaldust Crew”, Kloss menjadi tumpuan kempen yang diarahkan oleh Sophy Holland, turut serta individu berpengaruh Margaret Zhang dan Tommy Ton, yang kedua-duanya ‘ditangkao’ dalam keadaan yang berbeza. Bakat lain seperti model fesyen Winnie Harlow dan Chanel Iman; influencer Vanessa Hong, Vashtie Kola dan Harley Viera-Newton; personaliti TV Brazil Giovanna Ewbank; dan pakar-pakar fesyen Bryanboy, Zanita Whittington dan Gogoboi.
Kempen “Swarovski Crystaldust Crew” yang terdiri daripada tiga video dan dua visual, akan disiarkan secara langsung di seluruh dunia pada saluran digital dan platform media sosial pada bulan Ogos untuk menyokong pengeluaran koleksi Crystaldust dan memberi inspirasi kepada pengguna.