Jenama mewah, Swarovski baru-baru ini telah mengeluarkan koleksi yang meneroka siluet baru menerusi lensa gaya hidup kristal. Dalam koleksi ini terdapat pelbagai item seperti jam tangan, sarung telefon, aksesori fon kepala dan banyak lagi.
Siri Wonder Colour Meriah Dengan Warna-Warninya!
Siri Wonder Colour Swarovski dikeluarkan dalam pelbagai warna yang terang. Dihiasi dengan kristal potongan ketepatan, siri ini akan tersedia dalam warna berani seperti biru, ungu, hijau dan merah jambu.
Untuk siri ini, anda boleh dapatkannya dalam pelbagai jenis koleksi seperti:
- MILLENIA – Potongan ketepatan kristal dalam reka bentuk oktagon memberi sentuhan peribadi kepada sebarang gaya.
- LUCENT – Teroka kristal berwarna dan fungsinya yang dapat membangkitkan mood yang tersendiri.
- ORBITA – Kristal yang berkilauan dapat menyatakan keyakinan dan kegembiraan yang sesuai dengan pelbagai jenis situasi.
- NUMINA – Menekankan neutral siuet dalam warna biru sejuk dan hijau organik, reka bentuk baru diubah bentuk asalnya untuk inovasi.
- CURIOSA – Direka dalam bentuk geometri yang sesuai untuk dipakai secara harian tanpa kira sebarang gaya.
- GEMA – Padanan potongan kristal dan warna dilakukan untuk membangkitkan suasana musim bunga, musim panas dan landskap hijau.
Koleksi terbaru yang dikeluarkan oleh Swarovski ini tersedia di kedai atau dalam talian [BELI SINI]. Selamat membeli-belah!