Populariti rancangan Running Man dari Korea Selatan ini tidak perlu diperkatakan lagi, setiap episod ada sahaja gelagat lucu ahli-ahli mereka seperti Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, Ji Suk Jin, Haha, Gary, Song Ji Hyo dan paling popular Lee Kwang Soo mencuit hati kita. Baca artikel kami : SURPRISE! INI 19 PERKARA YANG HANYA ‘PENCINTA’ SIRI RUNNING MAN AKAN FAHAM
Tetapi mungkin tidak ramai yang tahu ada pelbagai lagi rancangan variety yang menarik dan popular di Korea Selatan boleh ditonton. Ini antara yang paling best!
#Infinite Challenge
Digelar “the nation’s variety show”, sejak 2013, Infinite Challenge berada di tangga pertama sebagai rancangan bukan drama pada hari Sabtu. Barisan personaliti juga antara penyumbang kepada kejayaan rancangan ini yang terdiri dari Yoo Jae Suk, Park Myeong Soo, Jeong Jun Ha, Haha, Lee Kwang Hee dan Jeong Heong Don (yang kini sedang berehat). Rancangan ini sama seperti Running Man, pada setiap episod akan meminta ahlinya untuk menyempurnakan cabaran tertentu atau projek yang punya agenda yang lebih bermakna. Ada kalanya kelakar, ada kalanya tidak masuk akal, terlalu mencabar, menyayat hati dan tentunya amat menghiburkan. Mereka akan kembara ke lokasi dalam negeri mahupun ke luar negara untuk tugasan ataupun dicabar untuk memahirkan diri dalam sesuatu skil baru.
#2 Days 1 Night
Kembara enam lelaki ke seluruh Korea Selatan dan melakukan pelbagai cabaran ini adalah antara rancangan paling popular di Korea Selatan. Kim Jong Min, Cha Tae Hyun, Kim Junho, Defconn, Jung Joong Hyung dan ahli terbaru Yoon Shi-Yoon melalui pelbagai cabaran untuk terima ganjaran makan tengah hari atau makan malam menu tempatan. Dan mereka juga perlu berdepan dengan game bok-bul-bok bagi menentukan aturan tempat tidur sama ada di dalam ruang selesa atau di luar/khemah. Walaupun sering bertukar ahli, ia masih mengekalkan konsep kembara dan hiburannya dengan idea segar dalam setiap episod.
#The Return of Superman
Ini adalah rancangan popular yang juga bersiaran setiap Ahad sebelum 2 Days 1 Night. Populariti rancangan mengenai bapa yang perlu menjaga anaknya dalam masa 48 jam ini memuncak apabila Song Il-Kook bersama kembar tiganya menyertai program ini. Kini rancangan ini bertukar keluarga apabila kanak-kanak yang ditampilkan terdahulu sudah membesar. Tentunya keletah bersahaja anak-anak mereka yang menjadi tarikan rancangan ini.
#Oh My Baby
Hampir sama dengan The Return of Superman, tetapi formatnya adalah dengan menampilkan seluruh keluarga. Mereka dirakam mengharungi kehidupan seharian dan bagaimana pasangan selebriti mendidik anak mereka serta berdepan dengan pelbagai karenah anak-anak. Antara keluarga popular adalah Shoo bersama anak kembarnya Ra Hee & Ra Yul dan keluarga terdahulu Kim Tae Woo serta keluarga Ricky Kim.
#Happy Together
Program bual bicara santai yang menampilkan selebriti sebagai tetamu undangan. Menampilkan Yoo Jae-suk, Park Myeong-su, Jo Se-ho, Jun Hyun-moo, Uhm Hyun-kyung sebagai ahli tetap. Setiap artis yang diundang akan berkongsi perkembangan terbaru mereka disamping mengetengahkan bakat yang tersembunyi.
#New Journey To The West
Merupakan travel-reality show yang telah disiarkan dalam talian melalui Naver TVCast pada 4 September 2015. Ia dibintangi oleh Lee Seung-gi, Kang Ho-dong, Eun Ji-won, dan Lee Su-geun. Empat ahli mengambil salah satu watak-watak dari novel klasik Cina “Journey to the West”, masih mengekalkan konsep kembara di mana mereka akan backpacking selama 5 hari 4 malam di Xian, China untuk bermain pelbagai permainan yang disediakan pihak produksi.
#Half Moon Friends
Half Moon Friends menampilkan kumpulan idol Winner dari YG Entertaiment. Rancangan berbentuk “Dream Daycare Center” ini menampilkan WINNER menghabiskan masa dan berkomunikasi dengan kanak-kanak dari keluarga berpendapatan berganda, yang berumur dari empat hingga tujuh tahun. Di sini, anda boleh melihat bagaimana lima anak muda ini mengharungi kehidupan bersama kanak-kanak ini dan bagaimana WINNER mendidik serta berdepan dengan pelbagai karenah mereka yang mencabar.
#Weekly Idol
Sama seperti Happy Together yang menampilkan artis undangan cuma bezanya Weekly Idol hanya mengetengahkan kumpulan idol sahaja, sama ada junior atau senior. Selalunya mereka datang ke rancangan ini untuk mempromosikan album atau single baharu keluar. Weekly Idol menampilkan Defconn, EXID Hani dan Super Junior Heechul serta Jeong Heong Don (yang kini sedang berehat) sebagai pengacara tetap. Rancangan yang sentiasa mencatatkan rating tinggi ini disukai anak muda di Korea Selatan kerana kehadiran kumpulan idol kesukaan mereka seperti SNSD, Beast, WINNER, EXO dan ramai lagi, sekaligus boleh melihat gelagat idol mereka.
#We Got Married
Artis muda yang dipasangkan dan menjalani kehidupan bersama mahupun bercinta.
#Real Men
Selebriti yang dihantar berlatih sebagai askar.