Anda tahu tak? Sebenarnya, terdapat banyak cara yang bisa anda menafaatkan untuk berbakti kepada masyarakat. Salah satunya adalah dengan menderma darah.
Julai ini, berlandaskan kolaborasi bersama Pusat Pendidikan University Malaysia, Tom, Dick & Harry’s kini kembali untuk menganjurkan kempen derma darah tahunan -A Pint For A Pint.
Sebagai token apresiasi, seramai 120 orang penderma terawal bakal menerima minuman percuma sebagai penghargaan di atas usaha dan keikhlasan mereka.
Kempen ini akan bermula pada 24 Julai 2016, dari jam 11am hingga 5pm dan bertempat di Tom, Dick & Harry’s Oasis Square, Ara Damansara.
Acara A Pint For A Pint ini terbuka kepada umum dan dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan serta konsep derma darah itu sendiri dalam kalangan masyarakat kerana permintaan darah sering dibutuhkan oleh mereka yang memerlukan, lebih-lebih lagi untuk kes kecemasan.
Sila lawat laman Facebook rasmi Tom, Dick & Harry’s di www.facebook.com/Tom-Dick-Harrys untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan acara ini.