Pejam celik pejam celik, hari ini sudah memasuki 4 Ramadhan dan pastinya ramai sudah mula mencari kelengkapan raya.
Oleh itu, bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang telah menyediakan suasana yang istimewa di mana para pengunjung boleh bersantai, membeli-belah dan menjamu selera, sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.
Bermula dari 4 Jun 2016 sehingga 10 Julai 2016, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang mengadakan jualan khas fesyen pakaian eksklusif untuk wanita di Sunshine Square. Untuk menambah suasana riang perayaan, seluruh Sunshine Square dihiasi dengan barisan pondok bergambar (photo booth) suasana perayaan dan sebuah gazebo bagi membolehkan pengunjung merakam gambar kenangan bersama orang tersayang.
Mitsui Outlet Park KLIA Sepang menganjurkan pelbagai tawaran dan promosi, termasuk penjimatan sehingga 90% serta hadiah percuma daripada kedai-kedai yang mengambil bahagian. Antara produk yang ditawarkan di pusat membeli-belah outlet ini termasuk pakaian fesyen berkualiti, aksesori, kasut, beg tangan, pakaian kanak-kanak, kosmetik dan minyak wangi, produk isirumah, coklat dan konfeksi, jam tangan dan barang kemas. Semua keperluan untuk semua orang terdapat di sini, menjadikan pusat membeli-belah outlet ini destinasi beli-belah sehenti yang lengkap. Antara jenama yang disediakan adalah Bally, Polo Ralph Lauren, Versace, Brooks Brothers, Hackett London, Outlet by Club 21, Aigner, Sacoor Brothers, Tommy Hilfiger, DVF, Bonia, Guess, Hush Puppies, Swarovski, Pepe Jeans, Cole Haan, Diamond & Platinum, Noritake, Akemi Uchi, Trudy & Teddy, Chateau de sable dan banyak lagi.
Kalau dah namanya shopping, mestilah memakan masa yang lama. Jadi, pengunjung boleh menikmati juadah berbuka puasa di mana-mana restoran, kafe dan medan selera yang terdapat di pusat membeli-belah outlet ini. Setakat ini, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang menjadi pilihan pelbagai restoran antarabangsa yang baru bertapak di Malaysia seperti Gao! Gao!, Beryl’s Chocolate & Café dan Para Thai. Eksklusif pada bulan Ramadhan ini, restoran Hidang menyedia sajian buffet masakan Melayu, manakala Para Thai menyediakan sajian Masakan Thai tulen, merangkumi set menu yang lazat lagi sedap. Beryl’s Chocolate & Café menyajikan Bakul Hadiah Raya, serta pemanis mulut Wafel istimewanya, yang dihidang dengan Salad Buahan dan Gelato Buatan Sendiri, serta banyak lagi.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran dan promosi yang akan datang di Mitsui Outlet Park KLIA Sepang, sila layari www.mitsuioutletparkklia.com.my atau www.facebook.com/MOPKLIA.