evian mengumumkan pelancaran botol evian baru di Malaysia. Ini adalah kali pertama perubahan rupa bentuk dilakukan secara menyeluruh ke atas botol evian, termasuk aspek rekaan, label dan malah bentuk botol, yang menambah keanggunan wajah ikon evian di seluruh dunia.
Dengan garis bentuk yang lebih anggun dan lebih kemas, botol evian baru membawakan kejernihan yang memperlihatkan kandungannya: Air Mineral Semula Jadi evian, air setulen alam semula jadi. Bahagian depan botol berwajah baru seakan-akan “tanpa label” ini mempunyai reka bentuk logo yang lebih ringkas dan sederhana. Panorama gunung mencerminkan sumber air di satu sudut pergunungan French Alps – kawasan dilindungi oleh masyarakat petani yang memastikan air evian mengekalkan ketulenan dan bentuk semulajadinya. Keanggunan bentuk botol dan rabung gunung menyerong mencerminkan kesederhanaan dan kemurnian tempat asal air. Dengan kisah istimewa jenama diceritakan di belakang botol, perkataan “evian” diukir dengan bijak di tapak botol untuk memberikan sentuhan rekaan yang menarik.
Reka bentuk botol evian baru mencerminkan satu kemajuan besar, dan menepati kedudukannya sebagai air premium pertama di dunia yang dibotolkan sejak awal tahun 80-an. Dengan botol ikon yang memperlihatkan kejernihan dan keunikannya, wajah baru evian kini terserlah, anggun, mewah dan bergaya.
Botol evian baru boleh didapati dalam tiga saiz, iaitu 330ml dan 500ml, dan 1.25 liter di semua pasar raya utama, kedai serbaneka serta restoran dan kafé terpilih.