Apa yang terdapat di dalam almari pakaian anda?
Kadang – kadang aksesori yang pernah menjadi kesukaan kita kini tidak lagi sesuai untuk dipakai. Boleh jadi hadiah barangan berjenama daripada teman dan mereka yang tersayang tidak menggambarkan stail dan gaya peribadi kita, saiz yang salah, atau dengan warna yang tidak bersesuaian dan menyebabkan kita hanya memakainya sekali sahaja. Anda pasti pernah melalui situasi sebegini bukan? Barangan yang tidak dipakai dan hanya sekadar memenuhkan almari pakaian anda tanpa tujuan.
Reebonz, sebuah platform dalam talian bagi menjual dan membeli barangan mewah pra-milik sekali lagi menampilkan sesuatu yang hebat untuk anda. Inovasi terbaru Reebonz, Closets, adalah satu platform dan komuniti bagi penggemar barangan fesyen mewah untuk menjual dan membeli barangan pra-milik dengan mudah dan tanpa ragu-ragu. Barangan-barangan ini adalah 100% tulen dan dengan proses penghantaran yang cukup pantas.
Mengapa Reebonz Closets?
Jika anda menemui sesuatu di dalam almari pakaian anda yang mungkin sahaja tidak akan digunakan lagi dan anda tiada sebarang masalah untuk berpisah dengannya, muat turun sahaja Reebonz app, tangkap foto item yang anda ingin jual, muat naik dan senaraikannya. Setelah item disenaraikan, ciri aplikasi in-chat membolehkan penjual menghantar lebih banyak gambar kepada bakal pembeli yang berpotensi. Tidak perlu lagi bertemu kerana semuanya boleh diurus secara atas talian.
Begitu juga jika anda ingin membeli barangan mewah pra-milik, hanya muat turun aplikasi ini dan cari apa yang anda mahukan, kemudian proses pembelian bersama penjual akan bermula!
Reebonz Closets menyediakan bayaran yang tinggi dengan hanya 10% komisen untuk setiap jualan. Tidak ada sebarang kos lain bagi penjual dan bayaran adalah dijamin.
Setelah pembayaran dibuat kepada Reebonz, merekan akan datang dan mengambil barangan yang hendak dijual dalam masa 3 hari waktu bekerja, seperti yang dijadualkan melalui aplikasi berkenaan. Item kemudian akan dibungkus didalam beg kalis koyak sambil dilihat oleh penjual sendiri sebelum ia dihantar ke pejabat Reebonz untuk proses pengesahan ketulenan.
Pengesahan Ketulenan Closets – Reebonz Atelier yang berpengalaman akan mengesahkan item berkenaan secara professional. Hanya barangan mewah yang disahkan tulen sahaja akan dihantar kepada pembeli, dengan caj penghantaran sebanyak RM20.
Polisi No-Question-Asked-Refund – Reebonz Closets mengamalkan polisi no-question-asked refund. Sekiranya pembeli tidak bepuas hati dengan pembelian mereka, mereka boleh membuat permintaan untuk pemulangan atau pembayaran balik dalam masa 3 hari waktu bekerja setelah item diterima.
Kata-kata pengguna Closets – Bagi Cik Corrine Ling, penggemar barangan berjenama berumur 36 tahun, Reebonz Closets telah banyak membantu beliau mengurangkan ruang pada almari pakaiannya! Beliau adalah salah seorang penjual paling aktif dan telah menjual lebih 40 item mewah sejak enam bulan yang lalu.
Sila layari: https://www.reebonz.com.my/