Agak sukar untuk menemukan alat pengering rambut yang sesuai dengan keadaan rambut kita. Kadang-kala, angin yang dihasilkan oleh peranti tersebut boleh mencecah suhu yang sangat tinggi sehingga bisa merosakkan kondisi rambut. Malah, tidak kurang juga kadang-kala rambut yang ditiup berisiko untuk terselit dan tersekat di celah-celah rongga haba pengering rambut.
Dengan adanya inovasi terkini yang lebih efisyen dan mesra pengguna, DYSON menggunakan kepakaran tekonologi janaannya untuk menghasilkan sebuah peranti yang berkualiti tinggi -berfungsi mengeringkan rambut dengna sempurna tanpa sebarang halangan.
Dyson Supersonic adalah sebuah pengering rambut yang direka cipta menggunakan kepakaran lebih 15 jurutera motor. Ia dilengkapi teknologi motor digital jenis V9 yang mampu menawarkan keberkesanan pengeringan efisyen meskipun reka bentuk perantinya kecil dan ringan.
Tidak seperti pengering rambut tradisional yang lain, Dyson Supersonic boleh mengeringkan rambut dengan cepat, bahkan enjin motor mesinnya yang kecil itu muat untuk ditempatkan dalam pemegang dan bukannya di dalam kepala pengering seperti pengering rambut jenama lain.
Keberkesanan funsgi Dyson Supersonic ini boleh diukur dengan usaha starikat Dyson sendiri untuk melakukan penyelidikan terperinci terlebih dahulu agar ciptaan ini membuahkan hasil.
Ia mempunyai 4 tetapan suhu yang boleh dilaras, 3 tetapan untuk pengaliran udara serta tetapan angin sejuk. Bukan itu sahaja, Dyson Supersonic turut dilengkapi alat sambungan magnetik, demi mengawal pengaliran angin yang membolehkan anda mendapatkan pelbagai jenis gaya rambut.
Muncung pengering yang tirus dan boleh ditukar ganti itu dalam masa yang sama akan mengeringkan rambut dengan lembut, memudahkan anda untuk mengering serta membuat gaya rambut idaman anda secara ringkas.
Apa yang lebih menarik, meskipun alat pengering ini mengeluarkan angin panas, tetapi peranti berkenaan tidak akan membuat si pengguna melecur tangan. Peranti berkenaan akan kekal sejuk senantiasa walaupun terus-menerus digunakan untuk jangka masa yang lama.
Tidak kisahlah jika rambut anda jenis yang lurus, ikal, mahupun kerinting, Dyson Supersonic berupaya untuk megering semua jenis rambut dengan cepat dan selamat.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.dyson.my