Ada ke produk yang memberi 6 faedah dalam 1 produk?
Digelar ‘gel ajaib’, SEKKISEI Herbal Gel adalah gel pelbagai fungsi yang menggabungkan 6 manfaat penjagaan kulit dalam satu bekas, menjadikannya teman yang sempurna untuk wanita dan lelaki yang sentiasa sibuk tetapi masih menghargai rawatan pantas untuk kulit.
Anda hanya perlukan produk ini selepas menyapu kulit anda dengan losen, dan kulit anda akan berasa seperti diberikan rawatan penjagaan kulit lengkap. Dengan SATU langkah mudah, kulit anda mendapat rawatan emulsi, serum, krim, gel urut dan masker tidur!
Semua produk penjagaan kulit SEKKISEI, mengandungi Angelica, Melothria dan Mugwort, akan tetapi Herbal Gel ini juga mengandungi dua bahan tambahan yang berkesan dalam pelembapan dan keserian kulit, iaitu:
Fermented Coix Seed: asalnya daripada tumbuhan Asia Timur, bijinya ditapai dan ekstraknya digunakan untuk meningkatkan pengeluaran seramida dalam kulit; ini membantu membaiki fungsi kulit dan memberikan kelembapan kulit.
Daun Loquat: pokok loquat adalah tumbuhan berasal dari Asia Timur, daunnya digunakan untuk perubatan. Sebagai bahan dalam SEKKISEI Herbal Gel, ia memperbaiki peredaran darah dan menghalang kulit menjadi kusam agar kulit tampil berseri.
Apakah manfaat SEKKISEI Herbal Gel?
Manfaat # 1: Melembapkan kulit
Ekstrak tumbuhan Angelica bukan sahaja melembapkan kulit tetapi juga menyerikan kulit anda.
Manfaat # 2: Menambahkan keserian
Ekstrak Coix Seed yang difermentasi (merupakan antioksidan yang hebat) dan ekstrak daun Loquat (menggalakkan pengaliran darah), memberikan anda kulit yang berseri dari dalam.
Manfaat # 3: Kulit ternyata halus
Minyak berasaskan tumbuhan melembutkan kulit agar kulit kekal lembut dan menawan berjam-jam lamanya.
Manfaat # 4: Anti-radang
Ekstrak Mugwort melegakan kulit dan memberikan kesan anti-radang apabila digunakan.
Manfaat # 5: Menggebukan kulit
Diformulasi dengan kepekatan tinggi daripada bahan pelembapan yang berasaskan air, gel herba yang tidak melekit melembapkan kulit anda serta memberikan kulit sihat serta kelembutan yang tahan lama.
Manfaat # 6: Ultra menyuburkan
Ekstrak Melothria adalah bahan semula jadi yang menyuburkan kulit anda dengan memberikan nutrisi yang penting kepada kulit.
Cara penggunaan:
Bagi kaedah penjagaan kulit yang mudah dan pantas, sapu satu sudu KOSÉ SEKKISEI Herbal Gel dalam saiz 2 biji mutiara (dengan menggunakan sudu yang disediakan) selepas menggunakan losen dan urut sehingga ia menyerap sepenuhnya. Untuk mencapai muka yang berseri segera pada keesokan hari, gunakan dua sudu gel sebagai mask malam sebelum tidur untuk melegakan kulit kering dan lesu. Penggemar gim, pengembara kerap atau sesiapa sahaja yang mahu meningkatkan penghidratan segera boleh menggunakan satu sudu selepas sapukan losen pada kulit bersih supaya kulit kekal lembap, walaupun anda aktif bergerak.
KOSÉ SEKKISEI Herbal Gel dijual pada harga RM130, dan boleh didapati di semua kaunter KOSÉ.