Nampaknya sekarang memang tengah trend rambut blonde ke?
Rasanya Miss Murai pernah berkongsi gaya rambut blonde Angelina Jolie. Kali ini akress Zendaya pula tampil dengan warna rambut perang keputihan ini. Dia buat kemunculan warna rambut blonde ketika menghadiri malam gala dan tayangan perdana filem terbarunya, Challengers.
Apa lagi boleh Miss Murai katakan setiap kali tampil di karpet merah. Pasti Zendaya memberikan komitmen 100% dalam busana, solekan, rambut dan identiti. Gadis berusia 27 tahun ini sememangnya cukup yakin dengan apa yang ditonjolkan. Gaya rambut blonde ini satu lagu bukti, Zendaya boleh lakukan apa sahaja dan masih terlihat jelita sediakala!
Pilihan kemasan perang dengan jaluran putih krim menyerlah warna kulit Zendaya. Bukan sahaja rambut, penata gaya kegemaran Zendaya iaitu Luxury Law juga bijak bermain dengan ikatan dan potongan rambut yang berbeza setiap kali muncul di lapangan merah Challengers.
Peminat tidak hampa dengan gaya baharu Zendaya. Ada yang memuji aktress ini seperti Puteri Disney yang sebenar. Malah ada juga yang mengatakan Zendaya mengembalikan aura Old Hollywood. Jadi peminat dan pemain industri sentiasa teruja dengan gadis. Kalau tidak berlakon, mungkin Zendaya mampu menjadi seorang supermodel.
Apa pendapat kamu dengan gaya rambut blonde Zendaya? Belum sempat lagi habis hadam dengan penampilan suit robot DUNE. Dia buat “hal” lagi!