Nampak lain sangat kan?
Ketika berlangsungnya acara Tiffany & Co. di Jepun, kemunculan BLACKPINK Rosé telah menarik perhatian ramai. Mana taknya, ahli kumpulan BLACKPINK itu tampil menggayakan mini dress hitam yang puffy, membuatkan ramai yang memuji penampilannya seperti seorang puteri kayangan!
Tetapi apa yang membuatkannya menjadi lebih viral berbanding sebelum ini adalah wajahnya seperti ada sedikit perubahan. Jika lihat dengan lebih dekat, matanya seperti bengkak di bahagian atas, dengan crease yang lebih tinggi.
- Foto – X Foto – X
Penampakan crease yang lebih tinggi pada penampilannya kali ini membuatkan ramai yang tertanya-tanya sama ada Rosé melakukan pembedahan double eyelids atau tidak.
Ramai yang mengatakan foxy eyes miliknya yang berbentuk seperti badam adalah daya tarikannya yang unik.
Manakala sesetengahnya berpendapat, Rosé sebenarnya bereksperimen dengan solekan dan gaya rambut baru, membuatkan wajahnya nampak sedikit lain berbanding sebelum ini.
- Foto – X / AllKpop
Kalau kamu perasan, BLACKPINK Rosé kebelakangan ini kerap tampil dengan gaya rambut kerinting berbanding lurus. Gaya rambut kerinting lebih menyerlahkan feature wajahnya dan menambahkan keserian kepada kecantikannya.
Jadi apa pendapat kamu? Adakah BLACKPINK Rosé melakukan pembedahan double eyelids atau itu hanya trik solekan sahaja?