Pandai memilih foundation yang tahan lama adalah penting. Lebih-lebih lagi apabila cuaca di Malaysia yang sangat panas boleh membuatkan foundation kamu cepat cair akibat peluh di wajah.
Walaupun sudah berlapis-lapis pakai, bila keluar rumah je foundation tetap cair dengan cepat.
Untuk elakkan daripada perkara ini berlaku pada kamu lagi, Miss Murai cadangkan kamu memilih foundation anti-peluh, khas untuk kamu yang cepat berpeluh dan aktif apabila berada di luar rumah.
Nak tahu foundation anti-peluh mana yang terbaik, baca perkongsian di bawah ye!
Maybelline Fit Me Matte + Poreless Foundation
- Foto – Pinterest
Apa yang best tentang foundation Fit Me Matte+Poreless Foundation ini, ia memiliki formula anti-peluh dan kalis air yang boleh membuat penampilan solekan kamu tahan seharian. Selain itu, foundation ini mengandungi 25% anti-shine perlite+micro blurring powders yang boleh menutup parut jerawat dan menghilangkan minyak wajah.
Revlon Colorstay Makeup Longwear Makeup 24hrs
- Foto – Pinterest
Diformulasi khas untuk kulit kombinasi yang cenderung kepada berminyak, foundation ini memberi kesan solekan yang tipis dan ringan pada kulit. Bukan itu sahaja, ia juga memberi litupan penuh dengan kemasan bebas minyak supaya kulit wajah kelihatan glowing sepanjang hari.
Urban Decay Stay Naked Weightless Liquid Foundation
- Foto – Pinterest
Yang sukakan finishing yang natural seperti tidak memakai apa-apa solekan di wajah, foundation ini adalah pilihan terbaik untuk kamu. Selain terbukti anti-peluh dan kalis air, foundation ini turut berupaya untuk mencerahkan tona kulit kamu sambil menyamarkan garisan halus di wajah dengan formula light-diffusing sphere.
Estee Lauder Double Wear Stay-in-Place SPF10 Foundation
- Foto – Pinterest
Kegemaran kebanyakan makeup artist, foundation Estee Lauder ini direka khas untuk cuaca yang sangat panas dan lembap. Kalau pakai foundation ini, kamu akan dapati ia tidak mudah comot dan luntur, malah tahan sehingga 24 jam. Psst… Foundation ini sesuai untuk semua jenis kulit dan cuaca kerana ia bersifat kalis air serta bebas minyak.
Bagi Miss Murai, sesuai sangatlah kalau kamu nak guna pada Hari Raya nanti memandangkan cuaca kebelakangan ini agak panas. Selamat mencuba!