Memandangkan Hari Raya semakin hampir, Miss Murai yakin ketika ini ramai yang mengambil peluang untuk ‘makeover’ rumah masing-masing berdasarkan tema yang diingini; dari ruang makan, dapur, ruang tamu hingga ke ruang luar rumah.
Bagi Miss Murai, tema yang sesuai untuk Hari Raya kali ini adalah tema kotemporari yang berkait rapat dengan bandar dan juga hutan belantara. Dengan elemen batu purba, kayu kayan dan warna-warna semula jadi, kamu dapat mencipta satu ruangan yang lebih baru, segar serta chic!
Dan untuk mencipta ruangan seperti itu, apa kata kamu ikuti tiga idea bernas daripada COSENTINO seperti di bawah;
Elemen ‘Rustic Charm’ Lebih Sesuai Untuk Dapur
Memandangkan dapur akan menjadi hot spot pada Hari Raya nanti, Miss Murai cadangkan untuk kamu tambahkan elemen ‘rustic charm’ padanya. Apa yang Miss Murai sukakan elemen ini, kamu dapat mencipta semula daya tarikan desa sambil menjalankan tugas kamu di dapur. Sangat tenang dan sejuk mata memandang.
- Foto – Cosentino
Bagi mencipta ruang seperti ini, kamu memerlukan perubahan kecil seperti kitchen countertop menggunakan alang kayu atau pun pilih meja COSENTINO yang diperbuat dengan TK05 Sabbia, mengingatkan ketenangan gaya klasik dan VK04 Grafitr, yang diilhamkan oleh kod batu Vicenza klasik dari koleksi Dekton® Pietra Kode.
- Foto – Cosentino
Manakala pilihan lain adalah memilih Bohemian Flame daripada koleksi Silverstone® Le Chic, yang mengingatkan kepada nyalaan lilin keemasan yang menyerlahkan kepingan logam kecil.
Ruang Tamu Yang Selese Berinspirasikan Hutan Bandar Minimalis
Bakal menjadi ruang perhimpunan sosial, kamu perlu mencipta ruang tamu yang bukan sahaja berikan ketenangan, tetapi keselesaan. Dan untuk menciptanya, Miss Murai sarankan kamu cipta ruang yang berinspirasikan hutan bandar minimalis.
- Foto – Cosentino
Pertimbangkan untuk gabungkan beberapa warna semula jadi seperti meja kopi TK06 Marmorio yang menampilkan warna-warna batu Rom klasik, atau pun GK07 Ceppo yang terdiri daripada struktur pelbagai bentuk biru-kelabu yang diilhamkan oleh batu Ceppo di Gré Itali.
- Foto – Cosentino
Lengkapkan meja kopi ini dengan tummbuhan dalaman hidup untuk memancarkan lagi sisi hutan bandar minimalis.
Sentuhan Kayu Kayan Di Luar Rumah Berikan Look Yang Klasik
Yang terakhir adalah ruang luar rumah. Apa yang kamu boleh lakukan di ruangan ini, cipta satu look yang agak klasik seperti menambah sentuhan kayu kayan.
- Foto – Cosentino
Cadangan Miss Murai, kamu dapatkan meja moden yang direka dengan VK02 Avorio daripada koleksi Dekton® Pietra Kode dalam warna kuning air terang. Pilihan ini melengkapkan teres kayu dengan cantik, sambil menggabungkan kecanggihan moden dengan daya tarikan semula jadi.
untuk maklumat lanjut mengenai inspirasi reka bentuk dalaman daripada COSENTINO, layari www.cosentino.com.