Semoga Kate Middleton kembali pulih sediakala…
Penantian rakyat jelata England telah tamat. Kate Middleton akhirnya muncul di laman Instagram rasmi @princeandprincessofwales. Beliau dengan tenang menerangkan ketiadaan beliau selama hampir empat bulan. Kate dikatakan menjalankan pembedahan bahagian abdomen. Setelah itu beliau diberi rehat supaya sembuh.
Pun begitu, netizen resah kerana hampir tiga bulan tiada kelibat mahupun berita tentang Kate. Apa yang membuatkan lagi kecoh, tatkala laman rasmi Puteri Wales ini memuatnaik gambar di edit sempenan Hari Ibu. Timbul dakwaan Kate Middleton diculik sehingga sudah bercerai dengan Putera William!
Rupanya gambar ini, telah disunting sendiri oleh Putera William. Ternyata beliau akur suntingan itu sebuah hasil amatur dan menyebabkan kekeliruan. Malah wakil pihak media ternama juga menolak gambar tersebut dijadikan sebagai hantaran.
Akibat kontroversi yang tidak lenyap itu, Kate Middleton mengambil keputusan untuk berkongsi sendiri keadaan kesihatan beliau. Agak mengejutkan, rupanya bakal ratu England disahkan menghidap kanser. Pun begitu Kate tidak menjelaskan lebih lanjut kanser apa yang menyerang dirinya. Beliau cukup berterima kasih kepada mereka yang tidak putus mendoakan dan memberi sokongan serta kasih.
Kate juga maklum beliau kini menjalani rawatan kimoterapi untuk fasa pertama. Pasukan kesihatan beliau sedaya-upaya mahu memberikan yang terbaik padanya. Berita ini cukup menyedihkan dan sudah berat untuk sampaikan pada tiga anaknya dan kepada rakyat. Jadi cukuplah orang ramai untuk mereka pelbagai cerita mengarut lagi. Hormati keadaan Kate Middleton dan istana.
Semoga Kate Middleton terus pulih dan bebas dari kanser.