Memang cantik hasil blur lipstick pada bibir…
Formula blur lipstick cukup unik dan menawan sesiapa yang memakainya. Asal lipstik dari teknologi kecantikan Korea Selatan. Ia sama seperti lipstik matte, namun ditambah baik dari segi tekstur. Setiap sapuan blur lipstick cukup ringan dan bibir tampak mungil dengan garis halus bibir yang dipadam.
Malah, peranan blur lipstick juga membuatkan bibir si pemakai tampak semulajadi sihat berwarna. Hujung garisan bibir yang memudar turut berjaya mencipta warna ombre. Jadi siapa yang suka dengan gaya lipstik ombre atau lip tint, ini untuk kamu cuba.
Teknik pakai blur lipstick
Sama seperti pemakaian lipstik yang lain, tekstur blur lipstick tidak memerlukan teknik yang khusus. Namun jika kamu mahu hasil “blur” yang molek, kamu sapu lipstik mula tengah bibir. Kamu boleh seratakan warna lipstik pada keseluruhan bibir. Ini akan beri kesan “blur” lebih semulajadi.
Keseluruhan wajah kamu dengan blur lipstick tampak lembut, romantis dan manis. Nah, ini kan memang trend orang Korea! Kalau jenama-jenama dari negara Barat lebih memilih nama ‘velvet lipstick’.
Miss Murai ada dua blur lipstick untuk dicadangkan.
- Freshian Sensual Vegan Lipstick Blur [RM99]
- 3CE Blur Matte Lipstick [RM100.10]
Selamat mencuba!