Rasa malas nak bersesak beli baju raya?
Selepas pandemik rasa tidak sanggup lagi untuk bersesak membeli baju raya bukan? Bahkan risau juga bila beli saat akhir semua rekaan pilihan hati sudah habis saiz. Jadi, cara paling mudah ialah dengan beli secara atas talian. Pun begitu, kita harus cepat agar seller tidak terlambat untuk menghantar baju raya.
Platform pilihan yang menyediakan pelbagai jenama, rekaan dan penghantaran yang baik ialah Shopee. Setakat ini, memang penulis sendiri sudah beberapa kali membeli baju raya secara online. Senang, pilih baju sahaja dahulu. Kalau kamu jenis cerewet bab tudung, boleh singgah sekejap ke kedai untuk mencari yang sepadan. Macam itulah rutin persiapan hari raya penulis. Ihiks!
Mungkin ada yang khuatir juga, baju-baju raya di Shopee tidak berkualiti. Nah, Miss Murai tidak akan sesekali berkongsi baju raya yang begitu. Dibawah tersenarai butik-butik atau seller yang dilabel sebagai Shopee Mall. Tunggu apa lagi, lihat yang mana berkenan di hati kamu.
- LEEYANARAHMAN Teulips 2.0 Mini Kurung [RM199]
- PETRA – Qisya Puffy Kurung [RM150]
- SBS Kaftan Pario Raya Set [RM199]
- Fab Outlet – Kurung Hikari [RM189]
- DLEQA Kebaya Anom [RM209]
Penulis juga cadangkan rekaan-rekaan di atas boleh dijadikan sebagai baju raya hari kedua atau seterusnya. Jadi tidaklah, bocor dompet ya. Bergaya pasti boleh tapi kena beringat juga!
Selamat membeli-belah!