Memang sama macam pasta tortellini!
Cetusan idea kreatif pereka fesyen Itali, Federico Cina membuahkan hasil apabila beg tangan ilham dari bentuk pasta tortellini diramal menjadi ‘it-bag’ 2024. Selepas sahaja membuat debut di pentas peragaan Milan Fashion Week bulan lalu. Vogue Italia menamakan ia sebuah karya fashion “of the moment”. DIVA setuju!
Beg tangan pasta tortellini ini diberi nama Tortellino Bag yang tersedia dengan dua saiz mini size dan signature size. Kedua-dua saiz ini lengkap dengan tali panjang dan mempunyai lebih dari 10 warna pilihan. Diperbuat dari calfskin dan kemas dengan jahitan luar dalam yang memuaskan hati pengguna. Menariknya lagi tentang Tortellino Bag, ia sebuah beg unisex yang sesuai untuk wanita dan lelaki.
- Tortellino Bag [RM2347.80]
Federico Cina sempat memberitahu pada Vogue, rekaan beg tangan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada neneknya. Wanita Itali yang mengajar beliau cara memasak tortellini di Sarsina iaitu sebuah pekan kecil di Forli-Cesena wilayah Romagna.
- Mini Tortellino Bag [RM1956.50]
Sebenarnya DIVA cukup teruja melihat rekaan beg tangan atau fesyen dari ilham makanan. Kita juga orang Malaysia sangat mewah dan bangga dengan makanan negara kita bukan? Tertunggu juga jika ada ahli kreatif tempatan yang mampu mengeluarkan beg tangan dari bentuk bungkusan nasi lemak, karipap, popia, koci, apam balik dan banyak lagi.
Daripada asyik copy rekaan jenama high end luar negara. Cuba keluarkan satu beg tangan mewah dengan rekaan sofistikated yang diinspirasi dari kepelbagaian unik dari tanah air kita.