Kylie Jenner seperti sudah hilang arah.
Baru-baru ini kecoh sekejap bila Kylie Jenner sekali lagi melancarkan produk terbaharunya. Ia bukan lagi jenama fesyen, mekap atau penjagaan kulit. Kylie cuba dengan pasaran minyak wangi pula. Nampaknya wanita muda ini tidak mudah putus asa untuk mengembalikan gelaran bilionare.
Cosmic Fragrance dilancarkan pada 7 Mac lalu sebagai wangian terbaru selebriti media sosial ini. Ia haruman manis bunga-bungaan dengan sentuhan misteri sensual. Cosmic sesuai untuk wangian siang dan malam. Apa yang menarik tentang Cosmic ialah rekaan botolnya. Kylie dan team menghasilkan satu botol seperti arca buatan tangan. Ia direka supaya selesa dipegang dan mempunyai tiga saiz.
Masalahnya sekarang, ia bukan tentang Cosmic. Netizen mula mencemuh di ruang komen apabila Kylie Jenner turut memuatnaik gambar produk terbarunya lagi pada masa yang sama! Kali ini ia produk minuman berakohol, Sprinter. Bayangkan sepanjang hantaran tentang Cosmic Fragrance, Kylie seperti tidak sabar untuk berkongsi tentang Sprinter. Girl calm down.
Peminat mula mencium bau Kylie Jenner yang seolah-olah sales girl. Jika kita melihat Kylie Jenner sebagai seorang individu yang berpengaruh. Kita mula menyoal apa kelebihan, manfaat, perubahan yang dibawa oleh wanita ini selain menjual produk dan jenama? Bermula dengan Kylie Cosmetics, Kylie Swim, Kylie Baby, Kylie Skin, KHY dan kini Cosmic Fragrance serta Sprinter. Masih tidak cukup?
“Ok so Friday was clothing, Monday is perfume, Tuesday is Vodka soda, what garbage will they try to sell us tomorrow” – ambersky858
Netizan, peminat atau masyarakat sekalipun sudah penat dengan jualan produk yang berpanjangan dari selebriti. Trend penggunaan produk berlebih-lebihan sudah sampai kemuncaknya. Ramai yang berpendapat para selebriti dan pempengaruh mula out of touch reality. Mereka hanya tinggal didalam gelembung glamor semata-mata.
Tepuk dada, tanya selera.