Apabila bercakap tentang mekap, sudah semestinya jenama Laura Mercier adalah pakar mengenainya. Bayangkan betapa famous dan hebatnya produknya seperti setting powder hingga ke liquid highlighter.
Kini jenama tersebut tak melepaskan peluang mengeluarkan satu lagi produk tambahannya ke dalam koleksi Real Flawless; yang bakal membuatkan ramai berebut dan menambah ke dalam troli, iaitu Real Flawless Weightless Perfecting Concealer!
Psst… Laura Mercier ada menyatakan kalau guna concealer ini, kamu tidak perlu lagi menggunakan foundation. Ini kerana Real Flawless Weightless Perfecting Concealer memberikan coverage yang sempurna, sama hasilnya seperti memakai foundation.
Ini Sebabnya Kenapa Kamu Perlu Ada Satu Real Flawless Weightless Perfecting Concealer
Menariknya tentang Real Flawless Weightless Perfecting Concealer, Laura Mercier menggunakan formula khas yang diselit dengan serum. Apa yang membuatkan DIVA lebih teruja, fomula ini bukan sahaja memberikan penampilan kulit yang cergas, malah meningkatkan penampilan kulit yang terdedah serta merta dan secara progresif.
- Foto – Laura Mercier
Malah concealer ini juga tahan sehingga 16 jam penggunaan, dengan mudahnya menangani ketidaksempurnaan dalam sekali penggunaan. Yang lagi best, kamu bukan sahaja boleh mencerahkan warna kulit, malah dapat memastikan penghidratan selama 24 jam, menghaluskan tekstur kulit dan mencerahkan kawasan mata- “Selamat tinggal mata panda!”
- Foto – Laura Mercier
Membuatkan Real Flawless Weightless Perfecting Concealer ini lain daripada yang lain, ianya kalis air dan hadir dalam 22 warna yang dapat memenuhi pelbagai rona kulit di seluruh dunia.
Capai Kemasan Yang Flawless & Sempurna Dengan 4 Langkah
Secara peribadi, DIVA syorkan kamu dapatkan sekurang-kurangnya satu Real Flawless Weightless Perfecting Concealer ini kerana ia diselitkan dengan bahan-bahan penjagaan kulit terbaik seperti:
- Foto – Laura Mercier
- Pancreass Flower untuk meningkatkan kehalusan dan ketegasan kulit
- Hydro-Lipid Matrix dapat memberikan penghidratan dengan serta merta dan sepanjang hari
- Green Tea dan Cacao Extract yang kaya dengan antioksidan dapat melindungi kulit daripada tekanan alam sekitar
- High-Resolution Pigments dan 3D Smooth Priming Powders untuk kesempurnaan, coverage yang tidak cakey serta warna yang optimum dengan penggunaan produk yang kurang
Khas untuk mendapatkan kemasan yang sempurna ketika menggunakan Real Flawless Weightless Perfecting Concealer, DIVA syorkan kamu ikuti langkah berikut:
- Foto – Laura Mercier
- Sapukan sedikit concealer ke kawasan sasaran menggunakan hujung doe-foot applicator.
- Tekan dan blend dengan perlahan-lahan menggunakan hujung jari, untuk pastikan kamu hasilkan kemasan yang lebih licin.
- Jika memerlukan coverage tambahan, lapiskan concealer di atas kawasan yang disapu mengikut keperluan.
- Akhir sekali kunci dengan Translucent Loose Setting Powder.
Info untuk kamu, Real Flawless Weightless Perfecting Concealer dijual pada harga RM169 dan tersedia di Pavilion KL, Sunway Pyramid, One Utama dan ZALORA.