Hailey Bieber memang pandai buat marketing!
Hampir tiga bulan sekali Hailey Bieber berjaya perkenal trend mekap, fesyen dan tips kecantikan. Sebut sahaja latte makeup, strawberry makeup dan donut-glaze looks itu semua dari Hailey Bieber. Ramai yang menanti apa lagi yang bakal boleh diikuti dari model cantik ini. Bukan itu sahaja, Hailey juga sibuk dan sentiasa bersemangat dalam memperkenalkan produk penjagaan wajah miliknya iaitu Rhode.
Produk Rhode yang paling laris ialah Rhode Peptide Lip Treatment, iaitu lip balm dengan kebaikan untuk menjaga kelembapan bibir. Lip balm ini diperkaya dengan peptide untuk kesan bibir mungil serta mengurangkan garis halus. Jadi lip balm suatu produk essential, pasti dicari dan dipakai sentiasa masa.
Dua minggu lalu, Hailey Bieber buat sedikit soft launch di Instagram dengan berkongsi mirror selfie dengan satu phone case yang cukup unik.
Hailey bijak menggunakan ‘masalah’ mencari lip balm didalam beg tangan, jadi solusinya lekatkan lip balm pada phone case! Sarung telefon pintar ini diperbuat dari silikon dan mempunyai acuan khas untuk Rhode Peptide Lip Treatment.
A silicone case for your phone that keeps your lip on hand. Compatible with iPhone 14 or 15 Pro/Pro Max and your favorite Peptide Lip Treatment or Tint. Build your case with your go-to lip on February 27th at 9am PT.
Ya, phone case Rhode ini bakal dilancarkan pada 27 Februari 2024 dan agak mengecewakan sebenarnya. Saiz untuk phone case hanya untuk telefon pintar iPhone dari model iphone 14 pro, 14 pro max, 15 pro dan 15 pro max. Jadi yang lain boleh menangis ditepi bucu katil ~