DIVA tahu di kalangan kamu, pasti ada pengguna setia produk The Ordinary. Apa yang membuatkan DIVA suka dengan produknya adalah, ia mengeluarkan produk yang sangat simple bungkusannya, disokong sains serta bahan-bahannya pula jelas dinyatakan di label. Dan paling yang DIVA suka adalah harganya sangat berpatutan!
Jadi apabila mereka ada memberitahu yang The Ordinary mengemas kini produk terlarisnya iaitu Hyaluronic Acid 2%+B5, DIVA tak lepaskan peluang untuk scroll dan mencarinya.
Sebelum ini, ramai kongsikan serum yang belum dikemas kini itu membuatkan kulit semakin gebu, lembut, anjal, hilang garis-garis halus dan licin dalam beberapa minggu.
Jadi agak-agak kamu, apa yang telah The Ordinary kemas kini dan apakah hasilnya selepas menggunakan serum Hyaluronic Acid 2%+B5 yang baru ini?
Diperkuatkan Dengan Tambahan Ceramide
Walaupun Hyaluronic Acid 2%+B5 yang lama mendapat tempat di hati orang ramai, tetapi serum yang dikemas kini yang terbaru ini dikatakan lebih berkesan dan lebih baik versinya; tekstur yang sangat ringan serta mudah diserap.
Formulator The Ordinary dikatakan telah memperkuatkan serum ini dengan bahan tambahan terbaru iaitu ceramide; di mana molekul hidrofobik membantu membentuk dan mengelakkan kehilangan air di skin barrier.
Info untuk kamu, ceramide adalah bahagian utama skin barrier. Ianya ditemui dalam lipid barrier dan berfungsi untuk memerangkap air dalam kulit bagi mengekalkan serta melindungi skin barrier daripada unsur luar.
Dengan adanya bahan tambahan ini, ceramide akan ‘bekerja’ dengan lima jenis bentuk hyaluronic acid yang berbeza untuk menarik kelembapan dan menguncikanya dalam kulit.
Sebagai hasilnya, kulit kamu akan kekal terhidrat sepanjang hari dengan bantuan penghidratan segera oleh bahan tambahan yang dikemas kini oleh The Ordinary.
Kesan Seawal 4 Minggu
Untuk menggunakan Hyaluronic Acid 2%+B5 yang dikemas kini baru ini, DIVA sarankan kamu untuk sapukan serum berasaskan air ini pada kulit yang basah atau pun kering. Pastikan sapu selepas kamu mencuci wajah dan sebelum menggunakan produk yang berasaskan minyak.
Guna dua kali sehari dalam masa empat minggu, kamu akan nampak kesannya seperti penampilan garis halus yang kering, garisan bawah mata, lipatan nasolabial telah diminimumkan.
Dapatkan Hyaluronic Acid 2%+B5 versi dikemas kini di The Ordinary atau pun di Sephora pada harga bermula RM60.