Memandangkan kita melangkah ke Tahun Naga yang bertuah, beberapa jenama kecantikan telah mengambil ‘kesempatan’ memperkenalkan koleksi edisi terhad yang sangat mempersona yang menampilkan zodiak naga, elemen perayaan dan sentuhan moden.
Terdiri daripada palet warna garang yang diilhamkan oleh warna naga hingga ke pembungkusan yang direka teliti dengan hiasan bermotifkan simbolik, berikut DIVA kongsikan jenama kecantikan terbaik yang dipilih khas untuk kamu sempena Tahun Baru Cina Ini.
Bermula daripada…
1. Lancôme
- Foto – Lancome
Khas untuk Tahun Baru Cina, Lancôme memperkenalkan bungkusan baru Advanced Génifique Serum yang direka khas oleh Jacky Tsai. Pembungkusan warna merah ini menampilkan elemen Timur-Barat dengan butiran seperti bunga dan juga menara Eiffel Tower di bungkusan tersebut.
- Lancôme Chinese New Year Limited Edition 2024 Advanced Génifique Serum [RM860, 115ml]
2. Estée Lauder
- Foto – Estee Lauder
Tidak lagi berbungkus dalam penampilan biasa, Estée Lauder memperkenalkan bungkusan merah edisi terhad sempena Tahun Naga menerusi dua produk popularnya iaitu Advanced Night Repair Synchronized Multi-Recovery Complex dan Advanced Night Repair Eye Supercharged Gel Cream.
- Estée Lauder Advanced Night Repair Synchronized Multi-Recovery Complex [RM495]
- Estée Lauder Advanced Night Repair Eye Supercharged Gel Cream [RM355]
3. Shiseido
- Foto – Shiseido
Dipilih khas daripada Shiseido, DIVA cadangkan kamu masukkan tiga produk ini dalam rutin kecantikan. Bermula dengan aktifkan kuasa pemulihan kulit dengan EUDERMINE Activating Essence. Kemudian kuatkan dan jana semula kecantikan dengan ULTIMUNE Power Infusing Concentrate. Akhir sekali kunci penghidratan kulit dalaman dengan Essential Energy Hydrating Cream.
- Shiseido EUDERMINE Activating Essence [RM360]
- Shiseido ULTIMUNE Power Infusing Concentrate [RM145]
- Shiseido Essential Energy Hydrating Cream [RM250]
4. Laura Mercier
- Foto – Laura Mercier
Mewah dalam pembungkusan merah baru edisi terhad yang diperincikan dengan motif naga, Laura Mercier memperkenalkan barisan produk terbaiknya iaitu Blush Color Infusion, Mini Roseglow Caviar Stick Duo dan set Translucent Setting Powder dan Velour Puff.
- Laura Mercier Lunar New Year Blush Color Infusion [RM179]
- Laura Mercier Lunar New Year Mini Roseglow Caviar Stick Duo [RM139]
- Laura Mercier Lunar New Year Translucent Loose Setting Powder & Velour Puff Set [RM250]
5. Huda Beauty
- Foto – Huda Beauty
Best-seller! Khas untuk Tahun Baru Cina kali ini, Huda Beauty menawarkan dua kit monokromatik berpigmen iaitu Bombshell dan Icon. Dalam kit ini, kamu akan dapat gincu Power Bullet Matte bersaiz penuh, gincu Mini Liquid Matte Liquid dan Mini Lip Contour 2.0 Automatic Lip Pencil yang sesuai untuk meraikan perayaan ini!
- Huda Beauty The Ultimate Lip Trio Set- Bombshell [RM160]
- Huda Beauty The Ultimate Lip Trio Set- Icon [RM160]
6. Shu Uemura
- Foto – Shu Uemera
Memperkenalkan Invicible Red, iaitu koleksi edisi terhad shu uemera yang menampilkan kaligrafi naga dengan ukiran artistik sisik naga. Menariknya gincu edisi terhad ini, ianya menampilkan kemasan bibir matte 3D dengan memaparkan pantulan cahaya yang lembut pada si pemakai.
- Shu Uemura Rouge Unlimited Kinu Matte- Invincible Reds [RM155]
7. Pat McGrath
- Foto – Pat McGrath
Pat McGrath melancarkan barisan eyeshadow pallete baharunya iaitu Pac McGrath Labs Mothership XI: Sunlit Seduction. Menariknya palet terbaru ini, ia menampilkan warna-warna yang diselitkan suria daripada delima merah hingga ke plum platinum yang berkilauan.
- Pat McGrath Labs Mothership XI: Sunlit Seduction [RM605]
8. Carolina Herrera
- Foto – Carolina Herrera
Istimewanya untuk Tahun Naga kali ini, DIVA sarankan kamu tinggalkan aroma bauan yang segar dan sangat menawan seperti naga. Menampilkan bungkusan merah, kamu patut mencuba wangian Carolina Herrera seperti Confidential Sandal Ruby dan Very Good Girl EDP yang meninggalkan bauan bunga dan buah-buahan yang sangat menggoda!
- Carolina Herrera Confidential Sandal Ruby [RM1220, 100ml]
- Carolina Herrera Very Good Girl EDP [RM428, 50ml]
- Carolina Herrera Very Good Girl EDP [RM627, 80ml]
9. Hermès
- Foto – Hermes
Psst… Tutti Twilly d’Hermès Eau de Parfum ini dicipta khas untuk wanita yang mempunyai perwatakan yang keras, liar, hint lemah lembut dan berani. Dengan nota halia yang digabungkan dengan laici dan kasturi, wangian pilihan DIVA ini antara wangian terbaik untuk dipakai ketika perayaan! Kamu boleh dapatinya di butik Hermes, Pavilion Kuala Lumpur dan kaunter Hermes di Parkson.
- Tutti Twilly D’Hermès Eau de Parfum [RM870]
Happy shopping!