Aksesori barang kemas halus pertama Louis Vuitton untuk lelaki!
Tidak terlewat untuk Louis Vuitton memberi peluang kepada peminatnya untuk merasai keunggulan estetik fine jewellery. Pengarah Artistik Louis Vuitton akhirnya mengakhiri kemarau tersebut dengan 18 pieces bernilai aksesori mewah untuk kaum Adam.
Menariknya tentang koleksi terbaharu ini, ia diilhamkan dari pewaris Louis Vuitton sendiri iaitu Gaston-Louis Vuitton. Lahir pada tahun 1883, beliau antara pencinta barangan antik terutamanya dari barang permainan dan kereta pikap. Dari situ Gaston dikenali sebagai seorang ceria, free dan berbeza dari ahli keluarganya yang lebih serius dengan dunia perniagaan.
Jadi koleksi yang diberi Les Gastons ini menunjukkan setiap diri lelaki alpha sudah tentu ada sisi yang menyeronokkan.
Rekaan yang direka cukup dekat dengan fesyen moden dan sedikit sentuhan klasik. Rantai leher, cincin dan gelang menjadi tumpuan utama untuk koleksi Les Gastons. Tidak hanya dengan sentuhan emas dan silver, ada juga dititipkan dengan butiran permata untuk menambah kemewahan dalam seni fine jewellery.
Ternyata Louis Vuitton menambah lagi satu langkah lagi untuk mengisi kelompongan dunia aksesori lelaki.