Mesra sangat Taylor Swift dengan Travis Kelce!
Selepas Londoy Boy, TS nampaknya beralih angin dengan perhubungan barunya bersama Travis Kelce. Hubungan cinta atara penyanyi pop ini dan pemain American football ini dihidu oleh media pada Julai 2023. Ternyata Travis ada menghadiri konsert Era Tours di Kansas City dan kemudian Taylor Swift membalas semula dengan menonton perlawanan Travis Kelce pada September 2023. Nampaknya, sudah terang lagi bersuluh mereka berdua ada hubungan intim.
Para Swiftie cukup terkejut dan gembira dengan khabar berita ini. Menariknya lagi, hubungan Taylor Swift dan Travis Kelce mudah mendapat green light dari mereka. Mungkin Travis kelihatan lebih terbuka, positif dan tenang dengan reaksi yang diterima. Malah, jejaka yang berusia 34 tahun itu langsung tidak menyorokkan perasaan cintanya terhadap Taylor Swift.
Bahkan Taylor juga tidak segan-silu menunjukkan tanda kesetiaan dan semangat pada Travis ketika perlawanan football. Puncak klimaks hubungan mereka berdua apabila Taylor Swift dan Travis Kelce dirakam bercium mesra pada 29 Januari lalu. Taylor Swift turun ke padang apabila pasukan Kansas City Chiefs memenangi perlawanan menentang Baltimore.
Bukan sahaja ciuman, kata-kata ‘I love you’ turut dapat dirakam kemas. Nah, apa lagi mahu katakan?
Sejujurnya DIVA tumpang gembira dengan hubungan TS dan TK kali ini. DIVA amat berharap hubungan ini sampai ke alam perkahwinan.