Estetika mob wife jadi kegilaan di media sosial…
Nampaknya ada trend baharu pula yang kian menular di laman Instagram dan TikTok. Sudah pasti ia menjadi rebutan para pempengaruh fesyen dan kecantikan untuk mengambil ilham dari figura kali ini. Mob Wife ialah isteri kepada ketua mafia atau gangster. Ia menjadi jolokan kerana mob wife juga punya peranan yang penting dalam menguruskan organisasi terlarang tersebut.
Ya, dari segi moral ia tidak patut diikuti, tapi entah kenapa nilai fesyen, solekan dan gaya pula menjadi perhatian ramai. Gaya seorang mob wife biasanya sinonim dengan gaya glamor sekitar tahun 80-an dan 90-an. Ketika golongan penentang undang-undang ini berleluasa di bandar-bandar besar. Ini kerana dengan kekayaan yang melampau, para mob wife boleh menikmati gaya fesyen mewah dan gah.
Fesyen mob wife biasanya sarat dengan barangan kemas berjenama, kot bulu tebal, fabrik kulit, baldu pakaian dengan cetakan haiwan dan warna-warna monokrom. Mereka juga gemar dengan kaca mata hitam, beg tangan kecil mewah.
Manakala dari segi kecantikan pula, bahagian rambut menjadi aset utama. Mob wife sering mengayakan sanggul rambut yang tinggi atau messy hair. Solekan pula, mob wife selesa dengan smokey-eyes dan gincu merah. Untuk tampak lebih mistei, layangan contour dan garisan eyeliner pekat jadi penambah perisa.
Apa pendapat kamu tentang mob wife aesthetic?