DIVA dah jatuh hati sangat dengan krim snail mucin Cosrx kali ini!
Sudah beberapa kali DIVA bertukar ganti dengan krim muka. Semuanya tidak beri kesan yang baik pada kulit terutamanya penyerapan dan mengekalkan hidrasi. Ini kerana hidrasi sangat penting untuk mengurangkan garis halus dan parut cela akibat kesan jerawat. Itu belum lagi dengan masalah kulit tiba-tiba sensitif akibat perubahan hormon.
Jadi sudah tentu, kita mahu krim muka yang kompak dan serba-boleh. Tidak disangka-sangka DIVA, salah satu produk Cosrx telah menjadi pujaan. Ya, mungkin kita hanya kenal dengan Advanced Snail 96 Mucin Power Essence. Produk serum atau essence yang cukup laris seluruh dunia kerana memberi isentif hidrasi terus kedalam kulit.
Namun kali ini DIVA juga jatuh hati dengan Cosrx Advanced Snail 92 All in one Cream iaitu satu krim bukan sahaja untuk kulit wajah tapi leher dan bahagian tangan (DIVA buat!)
Krim Cosrx ini diperkaya dengan 92% snail mucin iaitu dipercayai untuk menambah kelembapan kulit. Ia menyerap jauh kedalam untuk membaiki moisture barrier supaya kulit lembap, lembut dan terjaga. Selain itu, krim ini menggunakan 1,000 Ppm sodium hyaluronate untuk penjagaan hirdrasi berpanjangan. Senang kata, bila pakai, kulit memang lembab sepanjang masa.
Apa yang best?
Mungkin ada hanya memakai dibahagian wajah. Namun DIVA take an advance step dengan menyapu Cosrx Advanced Snail 92 All in one Cream pada leher dan tangan. Ini kerana DIVA percaya ia boleh membantu masalah kegatalan yang dihadapi pada tangan. Malah, garis-garis halus yang timbul pada leher juga perlu dibantu oleh krim hebat ini. Apatahnya, manfaat ia untuk mengurangkan garis kedutan dan menyuburkan kulit kering serta sensitif.
DIVA gemar memakai krim ini apabila menggunakan retinol. Usah khuatir kadar hidrasi yang tinggi pada Cosrx Advanced Snail 92 All in one Cream sangat sepadan dengan produk retinol. Ia boleh mengurangkan kesan merengsa pada kulit akibat retinol. Malah, ia sesuai untuk dipakai siang dan malam.
@dermarkologist Why is nobody talking about this snail mucin cream?! #snailmucin #glowingskin #cosrx #skincareproducts
Tolak markah…
Pun begitu ada beberapa yang DIVA tidak berkenan tentang krim ini. Kadar lekitan dari 92% snail mucin membuatkan sapuan pada wajah agak sukar. Pada pendapat DIVA, lebih baik kamu ambil Cosrx Advanced Snail 92 All in one Cream dalam bentuk tiub berbanding jar. Kamu juga perlu berhati-hati untuk tidak menggunakan terlalu banyak krim. Ia boleh memberi kesan pedih (kulit sensitif), ditambah dengan pelbagai produk muka sebelum ini. Jadi bagi DIVA cukuplah guna krim ini untuk skincare step yang mempunyai satu atau dua langkah.
Buat kamu yang mencari krim wajah untuk achive glass skin? Inilah produk yang patut kamu cuba, ia selamat, menjadi dan cukup berkualiti. Gabungan Advanced Snail 96 Mucin Power Essence dan Cosrx Advanced Snail 92 All in one Cream sangat power!
Kamu boleh dapatkan produk Cosrx yang asli di Shopee, Watsons dan Wynora. Selamat mencuba!