Beg tote Angelina simple tapi elegan.
Senang kata, Angelina Jolie sentiasa membawa fesyen yang sederhana, elegan dan sofistikated. Samada didalam filem atau menjalani kehidupan harian. Aktress hebat ini kekal dengan kedudukan anggun yang mempesonakan. Pilihan warna, siluet dan jenama fesyen beliau punya paras tanda yang tinggi.
Walaupun begitu, Angelina Jolie tetap terlihat menjinjit atau memakai item fesyen yang sama. Beliau mengekalkan sustainable fashion dan tidak bertukar-tukar beg tangan atau kasut. Sememangnya gaya beliau boleh dijadikan contoh sebagai timeless outfit.
Sebelum ini sudah banyak perkongsian fesyen Angelina dari DIVA. Tentang kasut, pilihan rona pakaian dan pelbagai lagi. Nah kali ini, DIVA cukup tertarik dengan sebuah beg tote kegemaran Angelina Jolie. Aktress berusia 48 tahun ini kerap memakai beg tote yang sama hampir setiap masa. Sesuai dengan gaya klasik dan elegan, beg tote warna hitam ini telah menjadi pujaan beliau.
Beg tote Saint Laurent Icare Maxi Shopping Bag in Quilted Lambskin adalah beg yang kerap dibawa olehnya. Mungkin sesuai dengan peranannya sebagai seorang ibu, sudah tentu beg tote yang besar dan lebar memberi banyak manfaat. Bahkan, Angelina juga bijak menggunakan beg tote sebagai fashion statement. Jadi dengan ambang YSL pada beg memberi pandangan high-fashion walaupun mengenakan monokrom outfit.
Bukan beg tote dari Saint Laurent sahaja. Beg tote dari Celine iaitu Horizontol Cabas juga menjadi sahabat baik aktress ini.
Bijak gaya Angelina Jolie yang melabur sebaiknya memiliki sebuah beg tote berkualiti dan boleh dijadikan high-fashion. Lihatlah, walaupun siluet yang ringkas tapi dengan menjinjit beg tote hebat. Terus level-up gaya fesyen beliau. Pilihan warna neutral dan hitam merupakan rona elegan yang tidak akan ketinggalan zaman.
Dari sini kita boleh belajar, sekurang-kurang ada satu beg tote hitam leather atau berkualiti untuk gaya fesyen yang elegan, ringkas dan mewah biarpun dari sebuah beg.