Jennie BlackPink makin tidak duduk diam!
Walaupun baru sahaja BLACKPINK menyambung kontrak bersama YG Entertaiment. Keterlibatan aktiviti solo ahli kumpulan pop itu tidak ditangguhkan. Jennie, antara ahli yang paling popular kini mengorak langkah dalam dunia perniagaan.
Sebelum ini, Jennie aktif bergerak solo bukan sahaja dalam bidang nyanyian tetapi debut siri drama, The Idol. Kalau dalam bidang fesyen pula, Jennie cukup dikenali sebagai gadis genit milik Chanel. Kini, Jennie mahu memiliki label fesyen sendiri iaitu dengan melancarkan OA. Iaitu sebuah jenama fesyen dari air tangan gadis berusia 27 tahun ini.
Menurut dari laman rasmi Instagram OA atau Odd Atelier, Jennie sebagai pengasas telah rasmi pada November yang lalu. Odd Atelier sebagai medium bagi menghasilkan kreativiti diluar kotak atau dari kebiasaan.
“OA, which stands for ODD ATELIER, is a space that aims to create new things that attract attention in a different way from what is usual or expected. It is a label founded by artist JENNIE in November 2023.“
Jennie Kim turut berkongsi berita baik ini kepada peminat setia di story Instagram miliknya. Penyanyi itu juga meluahkan ucapan terima kasih kepada peminat yang sering memberi sokongan dalam setiap kerjayanya secara solo dan juga bersama BLACKPINK.
“Hi, this is Jennie. This year was filled with many accomplishments, and I’m so thankful for all the love I’ve received. I’m also about what’s to come, as I start my solo journey in 2024 with a company that I have established called OA. Please show lots of love for my new start with OA and of course BLACKPINK. Thank you.” – Jennie Kim
Langkah baharu yang diambil oleh Jennie ini diterima baik dan mempunyai sokongan pada dari peminat. Walaupun kita semua masih belum tahu apakah koleksi atau gaya siluet yang bakal dibawa oleh Odd Atelier. Setakat yang dapat DIVA andaikan ialah, semestinya fesyen kasual atau street style. Dimana ia sesuai dengan peminat Jennie yang antaranya kalangan remaja.
Tahniah kepada Jennie Kim dari DIVA dan semoga Odd Atelier menempuh jalan yang sukses. Sudah tentu DIVA akan kemaskini berita baharu untuk koleksi atau hasil fesyen dari Odd Atelier.
Tunggu!