Mungkin kamu mahu sesuatu yang lain, lebih dekat dengan sifat romantis kamu untuk hari perkahwinan. Cicin rekaan tradisional cincin belah rotan mungkin bukan dalam radar kamu. Nah, DIVA ingin kongsikan satu rekaan atau bentuk cincin pertunangan atau perkahwinan yang menjadi fenomena dikalangan selebriti. Ia menjerit keanggunan, romantis dan kemewahan dalam satu masa yang sama.
Cincin Toi et Moi bukanlah satu rekaan baharu, tapi telah menjadi satu rekaan klasik yang kini menjadi tumpuan. Maksud “toi et moi” ialah “kamu dan aku” iaitu dalam Bahasa Perancis. Ia cincin dengan gabungan dua permata. Seperti maksud namanya, dua pertama itu sebagai simbol pertemuan dua hati.
Tahukah kamu, cincin Toi et Moi pertama kali dilihat ketika Napoleon Bonaparte melamar Josephine de Beauharnais pada tahun 1796. Sementelah itu, cincin ini menjadi satu simbolik tautan dua manusia yang penuh dengan rasa cinta.
Kembali pada masa kini, selebriti di Hollywood memilih rekaan Toi et Moi sebagai cincin perkahwinan atau pertunangan. Namun ia ada sedikit twist kontemporari, jika cincin Toi et Moi yang biasa dipadankan dengan dua pertama. Aura kontemporari digabungkan dengan dua warna permata atau berlian berbeza. Atau ambil contoh seperti Ariana Grande yang padankan butang pin (mutiara) pada cincin tunangnya.
Ini contoh rekaan cincin Toi et Moi pilihan DIVA untuk kamu gunakan sebagai idea cincin pertunangan atau perkahwinan;
Pandora Double Heart Sparkling Ring (Gold) [RM619]
Pandora Double Heart Sparkling Ring (Silver) [RM419]
Habib Jewel Fire On Ice Zuhura Diamond Ring In 375/9K White Gold 25086 [RM1575]
Habib Jewel Round Diamond Ring In 375/9K Yellow Gold 25189 [RM1350]
DeGem Toi Et Moi Pink and Purple Sapphire Ring in 18K White Gold and Rose Gold [tempahan]
DeGem Toi Et Moi Pear Spinel and Emerald Diamond Ring in 18K White Gold [tempahan]
Swarovski Millenia open ringOctagon cut, Green, Gold-tone plated [RM565]
Swarovski Attract Soul open ringHeart, White, Rhodium plated [RM565]
Bagaimana, rasa terinspirasi tak dengan rekaan kali ini? Kongsikan rekaan Toi et Moi yang jadi kesukaan kamu…