Sebenarnya tak rasa terkejut pun dengan berita ini.
Kendall Jenner dan Bad Bunny yang dikatakan menjalinkan hubungan cinta pada awal Februari lalu kini putus ditengah jalan. Walaupun belum ada apa-apa pengesahan dari dua pihak, namun sudah ramai mula merasa bau-bau perpisahan.
Mereka berdua putus secara baik dan tidak mempunyai sebarang unsur negatif. Seperti biasa, alasan hubungan cinta ini tidak menjadi kerana jadual kerjaya yang sibuk dan masih muda. Menurut dari sumber terdekat, Kendall dan Bad Bunny juga akur dengan hubungan mereka yang tidak akan ‘menjadi’. Bagi mereka lagi, tumpuan pada membina karier dan mencari identiti diri menjadi aspek utama.
Peminat dua bintang ini kecewa dengan berita yang diterima. Apa tidaknya, Kendall dan Bad Bunny pada awal Oktober lalu debut couple dalam kempen Gucci. Mereka amat sama cantik dan sama padan bila jalan beriringan. Ditambah pula mereka gemar suai padan outfit ketika keluar bertemu janji, sebagai contoh matching snake print boot ketika menonton perlawanan bola keranjang.
Kendall Jenner dan Bad Bunny mula mengenali satu sama lain dari pertemuan di sebuah parti kenalan rapat. Bagi Kendall, Bad Bunny seorang yang menarik dan kelakar tanpa banyak bicara mereka mula merasai kemesraan dengan cepat. Media mula mencium haruman bunga cinta apabila Kendall dan Bad Bunny tidak ragu-ragu keluar date secara public.
Namun semua itu tinggal kenangan. Mungkin ada peluang kedua antara mereka. DIVA doakan yang terbaik!