Oh well…kasut Adidas Samba ada pengganti!
DIVA tahu ramai yang kecewa kerana sukar untuk mendapatkan sneakers stailo Adidas Samba. Ini kerana variasi tersebut tidak dijual di Malaysia, dan hanya boleh didapati di butik luar negara.
BACA: Tukar Kasut Flat Kamu Kepada Adidas Samba, Lebih Selesa & Stailo Untuk Fesyen Streetwear
Nah jangan khuatir, kini gelombang trainer Onitsuka Tiger Mexico 66 menjadikan pengganti terbaik untuk Adidas Samba. Malah, Onitsuka Tiger Mexico 66 mempunyai lebih banyak warna dan boleh dibeli di Malaysia.
Jika anda sama seperti DIVA, kerap menelek gaya-gaya pempengaruh fesyen terkini di medis sosial. Sudah ramai yang bertukar kepada sneaker Onitsuka Tiger dan lebih mengejutkan tontonan video #OnitsukaTiger di TikTok mencapai lebih 200 juta. Ya, ini adalah kasut menjadi kegilaan ramai bukan kerana rekaan, warna semata-mata tetapi keselesaan yang unggul.
Kaia Gerber, Emma Watsons dan Addison Rae antara selebriti yang kerap memakai sneakers ini dimana-mana. Malah, Putera William juga suka dengan Onitsuka Tiger Mexico 66!
Kasut ini bukanlah baru lagi dalam rangkaian koleksi Onitsuka Tiger. Ia merupakan gabungan dua rekaan iaitu LIMBER-UP™ 1961 dan kemudian ia dijadikan lebih moden untuk menghasikan MEXICO 66™. Model ini mula dilancarkan pada tahun 1966 dan bayangkan sehingga kini Onitsuka Tiger Mexico 66 tidak lapuk dek zaman.
- Onitsuka Tiger Mexico 66 [RM610]
Ia juga model yang paling laris dalam banyak rekaan dan koleksi Onitsuka Tiger. Mempunyai 8 pilihan warna dan ia sebuah kasut unisex.
Jadi tunggu apa lagi grab now!