Percayalah, tiada yang lebih bermakna dan diingati apabila menerima hadiah daripada yang tersayang.
Sudah menjadi tradisi pada setiap hujung tahun, kebanyakan kita akan meraikan musim percutian dengan mereka yang tersayang. Dan untuk memeriahkan lagi sambutan tersebut, ramai yang akan mengadakan acara pertukaran hadiah.
Acara tersebut diadakan bagi memperingati dan mengeratkan lagi silaturahim antara diri pemberi dan penerima. Jadi disebabkan oleh itu, si pemberi akan mencari hadiah terutamanya wangian yang sangat bermakna dan menggambarkan perasaannya pada si penerima.
Jadi untuk jadikan musim percutian ini lebih luar biasa dan bermakna untuk kamu dan tersayang, DIVA kongsikan beberapa wangian yang sesuai dijadikan sebagai hadiah. Bermula daripada…
Penhaligon’s Holiday Collection 2023: House Of Toys
“Pelik tapi menarik!”- Jenama minyak wangi British, Penhaligon’s memperkenalkan Koleksi Percutian 2023 iaitu House Of Toys. Dikemas sebagai mainan, Penhaligon’s memperkenalkan hadiah yang dicipta penuh teliti dan perinciannya pula pasti membuatkan kamu jadi lebih teruja.
- Penhaligon’s The Toy Chest [RM2350]
- Foto – Penhaligon’s
Dibungkus dengan 24 hari-bauan yang paling dicari, set Penhaligon’s The Toy Chest ini boleh didapati secara eksklusif di Butik Penhaligon’s di Pavilion Kuala Lumpur.
Kandungan hadiah: Halfeti EDP (30ml), Orange Blossom Lip Balm, 8 wangian (10ml)- The Favourite, Halfeti, The Tragedy of Lord George, Endymion, The Coveted Duchess Rose, Babylon, Luna and Empressa. 6 wangian (5ml)– Quercus, Endymion Concentré, Juniper Sling, Elisabethan Rose, Halfeti Leather and Blenheim Bouquet. 3 lilin (35-gram)– Comoros Pearl, Maduro Leaf and Roanoke Ivy. 2 sabun (30-gram)– Quercus and Halfeti. 2 krim tangan kegemaran (10ml), 2 krim tangan Quercus (10ml) dan 1 festive personalisation charm.
- Penhaligon’s Little Doolies [RM250]
- Foto – Penhaligon’s
Koleksi ini menampilkan pilihan wangian miniatur yang setiap satunya mempamerkan sisi wanita dan daya tarikan. Dalam koleks ini, kamu dapat menerokai pelbagai wangian yang dapat membangkitkan mood dan personaliti berbeza.
Kandungan hadiah: The Favourite EDP (5ml), Elisabethan Rose EDP (5ml), Halfeti EDP (5ml), Empressa EDP (5ml) dan Luna EDP (5ml).
- Penhaligon’s Jumping Jacks [RM250]
- Foto – Penhaligon’s
Direka khas untuk jejaka moden, koleksi ini menampilkan set wangian mini yang memberikan sentuhan nostalgia dan keanggunan.
Kandungan hadiah: Blenheim Bouquet EDP (5ml), Endymion Concentré EDP (5ml), Halfeti EDP (5ml), Juniper Sling Eau de Parfum (5ml) and Quercus EDP (5ml).
- Penhaligon’s Tiddly Whiffs [RM155]
- Foto – Penhaligon’s
Merangkumi semangat Krismas dan percutian, koleksi Tiddly Whiffs ini menawarkan pelbagai jenis bauan yang dipilih dengan teliti.
Kandungan hadiah: Luna EDP (2ml), Endymion EDP (2ml), The Favourite EDP (2ml), Changing Constance EDP (2ml), The Blazing Mr Sam EDP (2ml), Duchess Rose EDP (2ml), Lord George EDP (2ml), Empressa EDP (2ml), Cairo EDP (2ml) and Halfeti EDP (2ml).
- Penhaligon’s Little Luna Rockets [RM495]
- Foto – Penhaligon’s
Penuh dengan bauan yang harum dan lebih menggoda, Penhaligon’s memperkenalkan set koleksi Luna yang terdiri daripada wangian dan krim tangan.
Kandungan hadiah: Luna EDT (30ml) dan krim tangan Luna (75ml)
- Penhaligon’s Halfeti In The Box [RM1200]
- Foto – Penhaligon’s
Kotak yang penuh dengan bauan bunga ros dan rempah yang lembut, Penhaligon’s membungkus kotak hadiah Halfeti yang khas untuk peminatnya.
Kandungan hadiah: Halfeti EDP (100ml) & Pencuci badan dan tangan Halfeti (300ml).
**Penhaligon’s Holiday Collection 2023: House of Toys tersedia di butik Penhaligon’s di Pavilion, kedai Escentials di Suria KLCC & TRX serta web escentials.com.my.
Carolina Herrera Holiday Set
Tak lepaskan peluang, Carolina Herrera memperkenalkan set musim percutian untuk wanita dan lelaki seperti:
- Carolina Herrera Trio Mini Set [RM257]
- Foto – Carolina Herrera
Hadir dalam set mini, Carolina Herrera membungkus set percutian yang menampilkan tiga wangian popular iaitu Good Girl, Very Good Girl EDP dan Blush. Set mini trio ini tersedia di Sephora.
- Good Girl: (1) Nota Atas: Badam, Kopi, Bergamot & Lemon (2) Nota Tengah: Tuberose, Jasmine Sambac, Orange Blossom, Orris & Bulgarian Rose (3) Nota Asas: Tonka Bean, Cacao, Vanila, Praline, Sandalwood, Musk, Amber, Cashmere Wood, Kayu Manis, Patchoulli & Cedar.
- Very Good Girl EDP: (1) Nota Atas: Litchi & Red Currant (2) Nota Tengah: Ros (3) Nota Asas: Vanila & Vetiver
- Blush: (1) Nota Atas: Bergamot & Badam Pahit (2) Nota Tengah: Peony & Ylang-Ylang (3) Nota Asas: Vanila & Coumarin
- Carolina Herrera 212 VIP Men Black [RM419]
- Foto – Carolina Herrera
Memberi keyakinan dan daya tarikan yang luar biasa, Carolina Herrera memperkenalkan set percutian untuk jejaka moden iaitu 212 VIP Men Black yang disarung dalam botol hitam matte yang anggun dengan aksen perak.
- Nota Atas: Absinthe, Anise & Fennel
- Nota Tengah: Lavender
- Nota Asas: Black Vanila Husk & Musk
Rabanne Holiday Set
Memperkenalkan dua set percutian yang dibungkus dalam bungkusan unik dan luar biasa, Rabanne menawarkan hadiah wangian untuk wanita seperti:
- Rabanne Phantom EDT 100ml & Deodorant [RM429]
- Foto – Rabanne
Direka untuk wanita yang berani dan tidak konvensional, Phantom EDT menggabungkan wangian futuristik dan unik, memberikan si pemakai penampilan yang lebih segar, hangat dan berkekalan.
- Nota Atas: Bergamot & Badam Pahit
- Nota Tengah: Peony & Ylang-Ylang
- Nota Asas: Vanila & Coumari
- Rabanne FAME EDP 80ml & Losyen Badan [RM614]
- Foto – Rabanne
Wangian kegemaran semua wanita, FAME EDP menggabungkan bauan sitrus, buah-buahan dan floral yang sangat memikat.
- Nota Atas: Mango & Bergamot
- Nota Tengah: Jasmine & Olibanum
- Nota Asas: Vanila & Sandalwood
**Wangian 1Million & Lady Miliion turut tersedia dalam set hadiah perayaan. Set 1Million & Deodorant [RM419] dan set Lady Million & Losyen Badan [RM524].
- Foto – Rabanne
Jean Paul Galtier Holiday Set
Dikemas dalam set percutian yang unik dan lebih teruja, Jean Paul Galtier memperkenalkan set wangian untuk lelaki dan wanita seperti:
- Scandal EDP 80ml & Losyen Badan [RM565]
- Foto – Jean Paul Galtier
Wangian Scandal lebih daripada sekadar minyak wangi, ia adalah ungkapan keyakinan wanita kontemporari, keberanian, dan daya tarikan yang menawan.
- Nota Atas: Salted Caramel
- Nota Tengah: Jasmine
- Nota Asas: Vanila
- Scandal Pour Homme EDT 100ml & Deodorant [RM448]
- Foto – Jean Paul Galtier
Scandal Pour Homme EDT adalah wangian yang kekal dalam ingatan, meninggalkan jejak kelelakian yang halus di mana sahaja ia berada.
- Nota Atas: Geranium
- Nota Tengah: Tonka Bean
- Nota Asas: Sandalwood
**Jean Paul Galtier Le Male turut tersedia dalam set hadiah dengan gel badan [RM425].
Wangian Carolina Herrera, Rabanne dan Jean Paul Gaultier boleh didapati di Sephora, ISetan, Parkson, Sogo, AEON & Zalora.
Happy shopping!