Tahniah diucapkan kepada Love, Bonito!
Selepas lapan tahun sejak Pengerusi Eksekutif FJ Benjamin tersenarai pada tahun 2015, Co-Founder dan CEO Love, Bonito iaitu Rachel Lim dan Dione Song kini tersenarai ke dalam edisi 2023 BoF 500.
Sekadar info, BoF 500 adalah indeks langsung individu berpengaruh yang diiktiraf membentuk industri fesyen global yang dicipta oleh Business of Fashion (BoF).
Ditubuhkan pada tahun 2010, Love, Bonito sangat terkenal dengan siluet feminin dan street style yang sangat trendy. Harganya yang mampu milik itu, menjadikan jenama ini meletakkan pemerkasaan wanita di barisan hadapan perniagaan mereka, selari dengan visi dan misinya.
Love, Bonito Terus Kembangkan Cita-Citanya
“Rachel (Co-Founder) dan saya mula menjual pakaian pre-loved untuk wang saku sejak beberapa tahun lalu. Dan akhirnya menjadi jelas wanita adalah pelanggan utama kami serta fesyen hanyalah salah satu cara untuk kami mencapai matlamat”, kongsi Dione Song.
Sejak dana Siri C pada tahun 2021, Love, Bonito telah menyerlahkan impian eksositem wanitanya melalui pengembangan berdasarkan kategori dan antarabangsa.
Pada tahun 2022, jenama itu telah memperkenalkan butter., iaitu jenama pakaian aktif wanita yang dijenamakan semula kepada cheak. Dalam tahun yang sama juga, jenama ini turut membuat pelaburan kecil dalam Moon Health, sebuah syarikat penjagaan kesihatan semula jadi yang dirumus oleh pakar untuk wanita Asia moden.
Dan kini, Love, Bonito memperkembangkan jenamanya ke peringkat antarabangsa dengan membuka kedai pop-up pertamanya di luar Asia iaitu New York. Baru-baru ini, Love, Bonito telah membuka cawangan utama terbesarnya di Causeway Bay, Hong Kong,
Love, Bonito mempunyai 21 kedai di seluruh Malaysia, Kemboja, Hong Kong, Indonesia dan Singapura. Untuk penghantaran pula, Love, Bonito menghantar ke 20 negara di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web Love, Bonito.