Kamu sudah bersedia untuk tampil lebih bergaya di Tahun Baru Cina?
Jatuh pada 10 Februari 2024, Tahun Baru Cina kali ini menandai zodiak naga. Untuk pengetahuan kamu, dalam budaya Cina, naga dilihat sebagai simbol kewibawaan, kehormatan dan maruah.
Dianggap sebagai zodiak yang paling bertuah, Tahun Baru Cina kali ini dikatakan membawa keupayaan untuk memanfaatkan kecerdasan, kepimpinan dan usaha kreatif.
Dan menjelang Tahun Baru Cina kali ini, terdapat beberapa jenama fesyen telah mengeluarkan koleksi bagi meraikan tahun naga. Berdasarkan pilihan DIVA secara peribadi, berikut adalah beberapa koleksi daripada jenama fesyen terbaik untuk kamu tampil bergaya dalam meraikan tahun naga!
Bell & Ross
Bell & Ross memperkenalkan model BR 05 Artline Dragon edisi terhad yang menampilkan ukiran laser eksklusif seperti tatu. Masih menggunakan prinspi koleksi, model ini diperincikan dengan:
- Foto – Bell & Ross
- Bezel dengan bucu bulat yang disambungkan pada sarung dengan empat skru.
- Dail dan gelang bersepadu pada model ini mempunyai hiasan yang diukir halus, iaitu teknik ukiran nenek moyang yang diamalkan di China lebih daripada satu milenium.
- Pergerakan mekanikal penggulungan sendiri BR-CAL.321
- Mempunyai rizab kuasa 54 jam untuk ketepatan kronometrik lanjutan dan kemudahan untuk gaya hidup sihat.
Model jam tangan BR 05 Artline Dragon edisi terhad ini dihasilkan sebanyak 99 keping. Boleh didapati secara eksklusif di butik atau e-butik Bell & Ross.
Maje
Daripada merah jambu hingg ke denim, tweed lembut dan hitam, kapsul Maje kali ini merangkumi semangat naga iaitu kekuatan, kepimpinan, cita-cita dan karisma untuk wanita.
- Foto – Maje
Menerusi kapsul untuk Tahun Naga ini, dapatkan jaket pendek yang dihiasi dengan sulaman halus, seluar jeans monogram, oversized jacket, skirt mini faux-leather hingga ke t-shirt berona fuschia yang dihiasi dengan anyaman rhinestone membentuk rupa naga.
Carlo Rino
Merangkumi semangat Tahun Naga, Carlo Rino memperkenalkan koleksi beg tangan yang direka untuk menaikkan gaya sempena perayaan Tahun Baru Cina seperti:
- Foto – Carlo Rino
- Ruby Prism Shopper [RM679]: Beg tote cetakan monogram dihiasi dengan pemegang berkember dan aksesori rubi yang pelik, dikeluarkan dalam 4 pilihan warna (biru, kuning, hijau dan merah jambu).
- Holly Bag [RM359] & CR Vertical Hobo Crossbody [RM379]: Beg tangan serba boleh yang menggabungkan fungsi dan siluet yang bergaya ini sesuai untuk semua jenis majlis semasa Tahun Baru Cina.
- Foto – Carlo Rino
- Prism Shoulder Tote [RM639] & Prism Shoulder Bag [RM599]: Beg tangan serba boleh ini adalah pilihan terbaik untuk dijadikan sebagai beg ke pejabat dan juga penampilan di perjumpaan kasual.
- Prism Crossbody [RM599]: Beg tangan sentuhan klasik dan moden ini mempunyai tali boleh tanggal, membuatkan kamu nampak lebih bergaya dan chic!
- Prism Crossbody Short Wallet [RM319]: Menampilkan cetakan logo monogram, dompet yang lembut dan ringan ini boleh menjadi beg silang dengan tali rantai yang boleh ditanggalkan.
Koleksi Tahun Baru Cina ini boleh didapati di butik dan web Carlo Rino.
Tiffany & Co.
- Foto – Tiffany & Co.
Diilhamkan oleh Tahun Naga, Tiffany & Co menawarkan koleksi barang kemas yang diperbuat daripada rose gold dan emas kuning. Dalam koleksi kali ini, Tiffany & Co. memfokuskan kepada kebersamaan dan timeless seperti dalam rekaan Tiffany Lock, Hardware hingga ke Woven Key.
Delvaux
Khas untuk Tahun Baru Cina, Delvaux melancarkan Year of the Dragon Cool Box Nano 2024 edisi terhad yang dihasilkan daripada kulit anak lembu Taurillion dengan marquetry kulit timbul dua tona. Untuk perayaan ini, Delvaux menawarkan model Cool Box dalam rona Bloom dan dihiasi dengan signature D-buckle dalam kemasan emas.
- Foto – Delvaux
Pada masa yang sama, Delvaux turut melancarkan beberapa rona baru sempena musim bunga yang semakin hampir iaitu Outremer, Yuzu, Orchid, Sesame dan Sirocco.
Koleksi Year of the Dragon Cool Box Nano 2024 edisi terhad dan siri Cool Box terbaru boleh didapati di butik Delvaux.
Love, Bonito
Bertemakan ‘Modern Reunions’, Love, Bonito menampilkan koleksi gaya oriental moden dengan gaya ibu-anak dan pakaian keluarga yang sepadan. Setiap pakaian dalam koleksi ini melambangkan simbol kebersamaan dengan pilihan warna bertuah, sulaman eksklusif Opulent Florals hingga ke tekstil broked Heirloom Botanicals dan Rekindle Blooms.
- Foto – Love, Bonito
Nikmati hadiah eksklusif seperti Fortune Red Packets (dengan perbelanjaan minimum RM188 dalam satu resit), Scarlet Tissue Box Holder dan sepasang Gratitude Chopsticks – bermula 24 Januari untuk pembelian atas talian sahaja (kedua-duanya dengan perbelanjaan minimum RM300 dalam satu resit), sementara stok masih ada.
- Foto – Love, Bonito
Koleksi Tahun Baru Cina 2024 Love, Bonito dijual bermula harga RM85-RM249 di butik dan juga web. Untuk tarikh akhir pesanan sebelum Tahun Baru Cina, [TEKAN SINI].
Happy shopping!