Tak lama lagi, beberapa buah negara akan mengalami peralihan musim iaitu musim luruh. Bagi Malaysia pula, kita bertuah kerana tak perlu melalui perubahan musim tersebut. Jika tidak, kita akan terikat dengan fesyen mengikut musim.
Walaupun Malaysia tidak alami peralihan musim tersebut, kita masih lagi boleh bergaya dengan bebas dan memakai apa yang masyarakat di negara lain gayakan.
Bersempena dengan ketibaan musim luruh dan ikut kesesuaian cuaca di Malaysia, jenama Love, Bonito memperkenalkan koleksi yang sangat cool pada September ini!
Love, Bonito melancarkan koleksi yang mengandungi pakaian asas serba guna, lapisan bertekstur hingga ke pakaian luar. Setiap satunya direka khas untuk kamu mix and match mengikut kesesuaian cuaca seperti:
Mix&Match Koleksi Love, Bonito Pilihan DIVA Untuk Cuaca Di Malaysia
Padankan sama ada bahan kapas, tweed atau denim dalam satu gaya, untuk dipakai secara berulang-ulang kali, dalam apa jua acara. Bagi DIVA sendiri, antara pilihan gaya yang sesuai dengan cuaca di Malaysia adalah:
- Foto – Love, Bonito
- Padanan Wyatt Cotton Oversized Button Down Shirt yang berwarna terang dengan Vida Denim Barrel Jean yang untuk rasa yang selesa dan fleksibiliti sepanjang hari.
- Xavia Denim Straight Leg Pants boleh dipadukan bersama Kolin Relax Tweed Vest rona hijau sage untuk hari bertemu dengan rakan.
- Gabungan Bradie Denim Flare dan Gerty Tailored Tie Back Blazer yang direka dengan bukaan sisi langsung dan ikatan tanggal pula sesuai digayakan ketika majlis makan bersama rakan atau keluarga.
- Foto – Love, Bonito
- Set Almita Asymmetric Button Down Vest yang direka berbentuk asimetri leher V klasik dan Brietta Tailored A-Line Shorts pula boleh digayakan secara kasual tetapi masih kekalkan sisi profesional.
- Gabungan Sitti Relaxed V-Neck Blazer, Thaile Tailored Wide Leg Pants dan Veera Cropped Tank Top pula pamerkan sisi “Lady Boss”.
- Nampak lebih profesional dan tegas, gayakan padanan Almita Asymmetric Button Down Vest dan Sitti Relaxed V-Neck Blazer.
- Foto – Love, Bonito
- Evita Fitted Knit Top boleh digayakan dalam gua gaya leher iaitu leher V dan leher bot.
- Manakala Issie Knit Column Midi Dress yang hadir dalam dua bentuk leher iaitu V dan bulat, boleh pamerkan gaya seksi dan kasual dalam satu masa.
- Dottie Button Down Midi Trench Coat 3-dalam-1 ini boleh digayakan sebagai trench yang lengkap, luaran pendek atau tanpa lengan mengikut cuaca.
Dapatkan Koleksi September Love, Bonito secara dalam talian bermula pada harga RM105. [BELI SINI]. Happy shopping!