Ramai rupanya yang jadi insecure dan kurang berkeyakinan bila miliki wajah berbentuk bulat ni.
Ada sesetengah orang, mereka rasakan wajah berbentuk bulat ini menampakkan wajah mereka lebih berisi daripada orang lain. Tetapi tahukah kamu, mereka yang memiliki wajah bulat ini comel dan awet muda orangnya, contohnya seperti Selena Gomez dan BLACKPINK Jennie.
Sekiranya wajah kamu berbentuk bulat, jangan cepat rasa insecure dan kurang keyakinan diri kerana DIVA ada solusi untuk jadikan wajah kamu lebih tirus dan tidak lagi berisi. Solusinya adalah trik vertical countour!
Trik ini akan buatkan wajah kamu nampak lebih tirus, terbentuk dengan pengaplikasi kontur di bahagian rahang. Caranya pula mudah iaitu;
- Foto – @cczuleighka (IG)
1. Untuk base, DIVA sarankan kamu guna produk berkrim. Bermula daripada primer, foundation, concealer, colour correcter, hingga ke blush.
2. Blend semua produk base menggunakan span, berus atau jari. Pastikan produk tersebut rata dan menyerap dengan sempurna ke kulit.
3. Untuk trik vertical contour pula, DIVA syorkan kamu guna cream contour untuk mudah diblend. Aplikasikan kontur tersebut di bahagian bawah tulang pipi.
- Foto – @cczuleighka (IG)
4. Kemudian blend kontur tersebut menggunakan berus atau span sehingga rata dan menghasilkan bentuk tirus di wajah.
5. Kunci kontur kamu dengan mengaplikasikan loose powder. Tujuannya adalah untuk kekalkan kontur tersebut nampak lebih semula jadi dan tahan lama.
Tip: Sekiranya guna powder contour, DIVA tak sarankan untuk kamu sapukan loose powder selepas itu kerana hasilnya nampak tak semula jadi dan tahan lama.
Selamat beramal!