Mencari kaca mata yang trendy, ikonik dan lain daripada yang lain? Apa kata kamu terokai koleksi kaca mata daripada EssliorLuxottica.
Khasnya daripada SS23 runway show, kaca mata yang mencuri perhatian ramai ini adalah reka bentuk yang diinspirasikan oleh trend Pigmented Earth. Kaca mata ini mentakrif semula keanggunan, kecanggihan dan hubungan rapat dengan dunia semula jadi.
Diilhamkan oleh Biotech Nature, pengaruh sci-fi dan landskap dinamik era digital, koleksi kaca mata ini menawarkan reka bentuk yang berani, inovatif bercantum dengan garisan anggun dan perincian yang menawan.
Psst… Bagi DIVA sendiri, untuk mendapatkan kaca mata yang memenuhi ciri-ciri tersebut, haruslah kamu beli daripada jenama ini!
Giorgio Armani
Jenama Giorgio Armani memperkenalkan kaca mata wanita yang diilhamkan oleh Biotech Nature. Manakala kaca mata lelaki pula diinspirasikan oleh trend Pigmented Earth. Apa yang best tentang koleksi kaca mata ini, kamu boleh gayakannya secara street style atau fesyen high-end.
- Kaca Mata Wanita
- Foto – EssilorLuxottica
- Kaca Mata Lelaki
- Foto – EssilorLuxottica
Burberry
Koleksi yang luar biasa, kaca mata futursitik ini melangkaui sempadan jantina (unisex). Sama ada dipakai oleh wanita atau lelaki, koleksi kali ini memang cool dan trendy sangat!
- Kaca Mata Uniseks
- Foto – EssilorLuxottica
Emporio Armani
Mendapat inspirasi daripada trend Biotech Nature, koleksi kaca mata Emporio Armani ini menampilkan gabungan bentuk geometri, aksen metalik dan kombinasi warna yang terang.
- Kaca Mata Wanita
- Foto – EssilorLuxottica
Dengan garisan yang anggun dan siluet avant-garde, kaca mata ini memberikan kamu look yang lebih bold dan sentuhan edgy pada mana-mana ensemble.
- Kaca Mata Lelaki
- Foto – EssilorLuxottica
Prada
Koleksi kaca mata lelaki menampilkan reka bentuk ergonomik dan perincian yang rumit untuk membangkitkan rasa futuristik serta estetika ruang angkasa. Manakala potongan kaca mata ini pula menolak sempadan reka bentuk konvensional, memberikan gambaran masa depan yang lebih inovatif.
- Kaca Mata Lelaki
- Foto – EssilorLuxottica
Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan kaca mata yang trendy dan ikonik di atas sebelum habis. Happy shopping!