Sama ada kamu ingin upgrade rutin skincare atau bereksperimen dengan trend mekap yang terbaru, DIVA yakin pasti kamu akan suka dengan entri kali ini!
Bersempena dengan bulan Julai 2023 ini, DIVA ada beberapa item kecantikan baru yang berbaloi untuk kamu cuba dan beli.
Scroll dan baca entri di bawah sampai habis untuk tahu apa item kecantikan baru pilihan DIVA yang patut kamu cuba dalam bulan ini seperti Paula’s Choice, Paco Rabanne, Nudestix, Supergoop! dan banyak lagi!
PAULA’S CHOICE
Untuk Julai 2023, Paula Choice telah melancarkan satu item kecantikan baru iaitu Advanced Sun Protection Daily Moisturizer SPF 50 pada harga RM199. Sunscreen ini dirumus dengan gabungan inovatif 5 penapis tercanggih yang menghasilkan SPF yang menghidrat, tidak berminyak dan sesuai dipakai setiap hari. Yang bestnya bila pakai sunscreen ini, kamu akan nampak hasilnya sheer finish, dewy dan healthy glow.
- Foto – Paula’s Choice
Psst… Kamu juga jangan lepaskan peluang untuk nikmati tawaran menarik untuk percutian dan sambutan Hari Persahabatan Antarabangsa seperti:
#1 Paula’s Choice Vacay Sale (7-16 Julai 2023)
- Foto – Paula’s Choice
(Paula’s Choice Summer Essential Kit: Ultra-Light Daily Hydrating Fluid, Daily Pore-Refining Treatment 2% BHA, Pore Normalizing Cleanser)
- Nikmati potongan 15% untuk Paula’s Choice Summer Must-Haves dan terima Essentials Kit percuma (bernilai RM170) dengan pembelian minimum RM300.
- Beli 2 item dapat diskaun tambahan 5% di seluruh kedai (Kod: 5OFFPCSUMMER23)
- Beli 3 dapat diskaun tambahan 10% di seluruh kedai (Kod: 10OFFPCSUMMER23)
#2 Paula’s Choice Friendship Sale (19-30 July 2023)
- Foto – Paula’s Choice
(Paula’s Choice Best Friends & Formulas Kit: CLEAR Anti-Redness Exfoliating Solution Regular Strength, 2% BHA Liquid Exfoliant, Pro-Collagen Multi-Peptide Booster)
- Nikmati diskaun sehingga 25% untuk semua produk dan terima Paula’s Choice Best Friends & Formulas Kit (bernilai RM205) dengan pembelian minimum RM300.
- Ajak rakan untuk menjadi sebahagian daripada Paula’s Choice Malaysia Rewards untuk dapat 2X ganjaran iaitu mereka akan dapat potongan RM30 sementara kamu mendapat 2000 mata.
SUPERGOOP!
Jika sebelum ini Supergoop! Unseen Suncreen hanya boleh digunakan di wajah sahaja, kini Supergoop! melancarkan Unseen Suncreen Body SPF40 yang dirumus khas untuk kulit badan!
- Foto – Supergoop!
[BELI: RM210/100ml]
Bezanya dengan Unseen Sunscreen SPF40, sunscreen body ini hadir dalam formula gel yang lebih mudah untuk disapu di badan. Malah Unseen Sunscreen Body ini ada bahan unik yang bertindak untuk suburkan dan kekalkan kelembapan kulit badan sepanjang hari!
NUDESTIX X GLAMZILLA
Untuk kali keduanya, Nudestix berkolaborasi lagi dengan Glamzilla untuk menghasilkan blush yang sesuai untuk semua jenis warna kulit. Nudies Matte Blush “Hot Fire” adalah blush berona merah yang boleh dipakai di pipi, bibir dan kelopak mata.
- Foto – Nudestix
Jangan takut untuk mencuba blush ini kerana ia memberi warna yang paling terang dan menyerlah pada kamu! Dapatkan Nudies Matte Blush “Hot Fire” pada harga RM158 di web atau kedai Sephora.
LANCÔME
Selepas Double Performance dan HFC Triple Serum dari barisan Rénergie, Lancôme memperkenalkan pula produk terbarunya iaitu Rénergie HPN 300-Peptide Cream.
- Foto – Lancome
[BELI: RM480/50ml]
Krim anti penuaan ini adalah inovasi satu formula tunggal gabungan 300 peptida bersama dengan 2 bahan aktif iaitu hyaluronic acid dan niacinamide. Menariknya, krim ini berkesan dalam menghalang tanda penuaan seperti kedutan, bintik hitam hingga tona sekata seawal seminggu.
PACO RABANNE
Mencari wangian yang hasilkan gabungan unik daya tarikan, kekuatan, mewah dan eksklusif? DIVA cadangkan untuk kamu cuba tiga wangian daripada Paco Rabanne ini:
#1 Invictus Victory Elixir Parfum Intense
“Versi yang lebih kaya, lebih pekat, sengit”- Invictus Victory Elixir adalah wangian yang menampilkan ambery, kayuan, elixir pedas yang diadun dengan bahan kayu, pedas yang berharga, mengadun bahan yang sangat pekat untuk keamatan yang tinggi.
- Foto – Paco Rabanne
[BELI: RM499/100ml]
- Nota Atas: Fresh Aromatic Lavandin, Green Cardamom, Lad Hitam
- Nota Tengah: Mysterious Incense, Woody Patchouli
- Nota Asas: Vanilla Bean, Magnetic Tonka Beans
#2 Olympéa Flora Eau De Parfum
Olympéa Flora Eau De Parfum Intense ialah wangian mewah yang meraikan keindahan dan kewanitaan. Di tengah-tengah haruman terdapat dos ros merah jambu segar berlebihan dan peonies yang menghasilkan aroma yang subur dan bersemangat yang memikat deria.
- Foto – Paco Rabanne
[BELI: RM445/50ml]
- Nota Atas: Black Currant, Sorbet, Pink Pepper
- Nota Tengah: Rose, Peony
- Nota Asas: Vanila, Patchouli, Cashmere Wood, Garam
#3 FAME Blooming Pink
FAME Blooming Pink ialah simfoni harmoni nota, dipilih dengan teliti untuk mencipta wangian yang merangkumi keseronokan, keghairahan dan pemerkasaan. Daripada nota atas yang berkilauan kepada nota tengah yang memikat dan asas yang menawan, setiap elemen wangian ini direka untuk membangkitkan rasa kegembiraan, keyakinan dan daya tarikan.
- Foto – Paco Rabanne
[BELI: RM614/80ml]
- Nota Atas: Manga, Bergamot
- Nota Tengah: Jasmine, Olibanum
- Nota Asas: Vanila, Sandalwood
CAROLINA HERRERA
Memperkenalkan wangian terbaru iaitu Good Girl Blush EDP, di mana ia mengandungi semangat dualitas. Ia adalah ungkapan harum dunia dalaman yang dibawa oleh setiap wanita dalam diri, keupayaan untuk menjadi sensual dan kuat, naluri dan pintar serta romantis yang diperkasakan secara serentak.
- Foto – Carolina Herrera
[BELI: RM324/30ml]
Good Girl Blush EDP ini adalah chord di antara tenaga dan aksi berkuasa dua perahan berbeza asas vanila sensual dengan romantisme pastel peony, dengan wangian Ylang Ylang di tengahnya.
Selamat mencuba dan happy shopping!