Penggunaan losyen badan tidak asing lagi unuk menghasilkan kulit yang lebih sihat, lembut dan cantik. Namun tidak semua losyen yang dipasarkan mengandungi kandungan bahan yang terbaik untuk kulit. Adakalanya dicampur aduk pelbagai bahan-bahan yang boleh memberi kesan sensitif pada kulit seperti pewangi dan pengawet alkohol.
Mungkin kulit anda lembut tapi pada kesan yang panjang akan ada aduan seperti kulit terasa melekit, gatal-gatal dan bau pewangi yang menyeksa hidung.
DIVA memang antara penggemar losyen badan yang tegar, mari DIVA kenalkan beberapa losyen badan yang boleh dikira sebagai game changer!
- Ulu Soleil Shea Butter & HA + Vit E Body Balm [RM79]
Losyen dalam bentuk balm yang sangat mudah digunakan, hanya leret sahaja pada permukaan kulit dan kawasan yang diingini. Diperkaya dengan shea butter, hyaluronic acid dan vitamin E untuk rawatan dan memberi nutrisi terbaik pada kulit. Ia boleh digunakan untuk anda yang mengalami masa kulit kering, strech marks, ekzema dan kesan parut. Losyen balm ini sesua untuk digunakan pada setiap hari dan meninggalkan kesan hidrasi berpanjangan.
Foto – Ulu Soleil
- Caudalie Vinotherapist Hyaluronic Nourishing Body Lotion [RM100]
Siapa tak kenal jenama Caudalie yang cukup sinonim dengan clean beauty. Losyen badan terbaru ini gabungan shea butter, hyaluronic acid dan ekstrak biji anggur yang tinggi antioksida. Kalau anda mahu wangian losyen yang lembut, boleh cuba losyen ini. Ia mempunyai wangian lembut orange blossom dan tekstur losyen juga mudah meresap.
- Innisfree My Perfumed Body Lotion Cotton Flower [RM68]
Mungkin anda mahu sesuatu yang rendah bajet tapi masih memberi hasil kulit yang lembut dan wangi. DIVA syorkan losyen badan dari innisfree yang memanfaatkan wangian penenang dari tanah Jeju. Losyen wangian bunga kapas ini menaikkan lagi aura segar dan tenang selepas setiap kali mandian.
- Fresh Sugar Lychee Body Lotion [RM128]
Fresh melebarkan sayap koleksi Sugar Lychee pada bentuk penjagaan wajah dan ya, losyen manfaat yang sama turut dicipta! Losyen yang ringan, mudah meresap dan sangat melembap ini diransang dengan vitamin C dan vitamin E. Ia bukan sahaja menghidrat tapi memulihara kulit yang bermasalah. Jika anda suka bauan manis laici, ini wajib untuk add-to-cart!
- Crabtree & Evelyn Evelyn Rose Velvet Body Melt [RM152]
Antara jenama losyen yang sentiasa menjadi idaman DIVA. Formulasi krim – minyak dicipta bagi megekalkan hirdrasi pada permukaan kulit. Menggunakan murumuru butter bagi tekstur losyen yang ringan, tidak melekit dan hasil velvet. Selain itu, ekstrak minyak roseship seed dan mallow flower menjanjikan kebaikan nutrisi pada kulit untuk sihat dan subur.
Konsisten pakai sehingga hujung tahun akan terasa hasil kulit lebih lembut, jauh dari masalah kekeringan dan paling penting berseri-seri. Selamat mencuba!