Status seorang ibu itu boleh jadi milik sesiapa sahaja, termasuklah mereka yang hidup dalam dunia glamour yakni supermodel. Sering menjadi perhatian umum, lincah diatas pentas peragaan dan kerap dipandang seorang yang sukakan liburan. Ternyata telahan berikut tidak semestinya benar.
Ada beberapa supermodel kembali dalam hidup realiti. DIVA cukup suka sekali apabila mereka tetap dapat mengisi masa hidup berkeluarga biarpun sibuk dan sering dimomokkan dengan dunia hiburan.
Malah ada juga supermodel dengan status ‘ibu muda’ tetap beriltizam memberi contoh kepada wanita lain. Anak dan keluarga bukan penghalang untuk berjaya tapi menambah semangat lagi!
Mari kita selidik supermodel ternama yang kini bergelar seorang ibu dan masih lagi aktif dalam kerjaya mereka.
Gigi Hadid
Tidak perlu perkenal lagi tentang Gigi Hadid, supermodel yang menghiasi mana-mana tingkap rumah fesyen mewah. Hasil hubungan bersama penyanyi Zayn Malik, mereka menyambut anak perempuan mereka kira-kira dua tahun lalu. Walaupun baru berusia 25 tahun dan saat kerjayanya sedang meningkat naik, bagi Gigi kehadiran anaknya satu perkara yang ‘awesome’.
- Foto – People Magazine / Allure
Slick Woods
Model ikonik Fenty x Savage, Slick Woods melahirkan anak lelakinya selepas beberapa jam berjalan diatas pentas runway! Model berusia 26 tahun ini cukup bahagia berkongsi gambar dan coretan comel tentang anaknya di Instagram.
- Foto – Essence
Jourdan Dunn
Supermodel asal British ini, menimang cahaya mata ketika baru sahaja berusia 19 tahun! Dia merupakan model kulit hitam pertama yang memperagakan Prada. Kini Jourdan lebih selesa memikul tanggungjawab sebagai ibu tunggal dan masih tidak berginjak dalam dunia modelling.
- Foto – Harper’s Bazaar
Candice Swanepoel
Siapa tak kenal dengan supermodel berwajah sweet dan sering digelar Angel. Dia kini memiliki dua orang cahaya mata dan kian menumpukan perhatian kepada anak-anak. Namun, dunia peragaan tidak pernah dilupakan dan terkini dia lebih aktif memasarkan gaya model di media sosial.
- Foto – Daily Mail / Vogue
Kisah mereka cukup memberi inspirasi untuk kita tetap berjaya dalam apa jua perkara yang kita minati. Jangan jadikan anak atau keluarga sebagai alasan untuk tidak terus maju kehadapan!