Memang seronok bila lihat ramai yang sedang merancang perjalanan untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri. Buat yang tiada kampung, apa yang kamu akan lakukan semasa Hari Raya?
Jika tiada perancangan atau hanya duduk di rumah sahaja, DIVA cadangkan untuk kamu dan keluarga habiskan masa serta sambut Hari Raya dengan tempah resort atau hotel mewah ini.
Sambil boleh tenangkan fikiran daripada kesesakan bandar, kamu juga boleh eratkan lagi hubungan silaturrahim dengan ahli keluarga lain. Jom lihat cadangan resort dan hotel mewah yang DIVA syorkan!
The Westin, Langkawi [TEMPAH]
Untuk kamu yang sukakan privasi dan suasana yang tenang, vila ini adalah pilihan terbaik! Selain terletak bersebelahan dengan dedaun tropika, kamu boleh nikmati pemandangan laut Andaman. Sesuai juga kalau nak bawa anak kecil kerana ada kolam persendirian di setiap vila.
The Shorea, Seremban [TEMPAH]
The Shorea yang dikenali sebagai Boutique Eco-Resort ini terdiri daripada 8 vila mewah. Setiap satu vilanya dilengkapi dengan private pool dan 15 bilik. Nak buat reunion atau gathering dengan keluarga, memang sesuai sangatlah!
Mangala Resort & Spa, Kuantan [TEMPAH]
Kalau kamu nak tahu, Mangala Resort & Spa ini asalnya merupakan kawasan perlombongan yang dibangunkan sebagai pusat percutian. Menariknya resort ini, ia mempunyai 31 villa termasuk 4 Forest Villa yang ada kolam persendirian dalam bilik tau.
Borneo Beach Villa, Kota Kinabalu [TEMPAH]
Seronoknya di vila ini, kamu akan lihat pemandangan pantai pasir putih sepanjang 6km dengan pemandangan laut yang cantik! Sesuai untuk keluarga, vila ini pilihan terbaik untuk ‘lari’ dari bandar!
The Villas Sunway Resort Hotel & Spa, Petaling Jaya [TEMPAH]
All in one! Sambil nikmati keseronokan taman tema, kamu juga boleh menginap di The Villas yang dikelilingi hutan tropika. Sangat sunyi dan menenangkan untuk hutam dalam bandar.
Psst… Untuk elak daripada resort dan hotel di atas penuh, jangan lupa untuk buat tempahan dengan segera okay!