Sekali lagi Levi’s tampil dengan kempen istimewa Ramadan dengan mesej “You Are Wonderfully Made” (Anda Diciptakan Sempurna) kepada seluruh rakyat Malaysia. Ia menggalakkan semua untuk memaparkan nilai-nilai keperibadian diri melalui gaya mereka.
Dengan menyedari betapa pentingnya aspek individu dan peribadi seseorang, Levi’s ingin menekankan tentang ekspresi diri, dimana setiap individu adalah unik dan sempurna. Setiap orang mempunyai keinginan untuk membuat kebaikan dalam cara tersendiri.
Tak lupa Levi’s turut membawa koleksi kapsul istimewa untuk Ramadan kali ini. Keselesaan dalam bergaya itu yang Levi’s terapkan.
https://www.instagram.com/p/CbucOXEhYdW/
Perkenal Koleksi Kapsul Eco Performance Untuk Ramadan
- Koleksi Eco Performance Climate Levi’s
Terdiri daripada fabrik inovatif yang diperbuat dengan ciri-ciri penyamanan dan sesuai untuk negara beriklim panas tropika seperti Malaysia.
Kain denimnya diperbuat daripada serat Aerolight yang mempunyai teknologi menyerap kelembapan di samping memberi kesan penyejukan, sekali gus memastikan anda sentiasa sejuk, kering dan selesa.
https://www.instagram.com/p/Cb_fcW3LcFC/
- Chill Tech
Tambahan terbaru dalam Eco Performance Levi’s adalah Chill Tech, satu gabungan unik kapas dan serat lestari yang menghasilkan fabrik sangat lembut dan ringan dengan ciri-ciri menyejuk dan menyerap kelembapan.
Pada musim ini, Levi’s membawa pembaharuan pada platform Chill Tech dengan pelbagai pilihan washes, gaya dan padanan segar yang sempurna untuk Hari Raya nanti.
Teknologi Eco Performance Cool menawarkan ciri-ciri fabrik menyejukkan yang inovatif pada rekaan jeans denim klasik dan moden Levi’s.
https://www.instagram.com/p/CcEpEozjHbI/
Masih mengekalkan konsep “Buy Better, Wear Longer” (Beli Lebih Baik, Pakai Lebih Lama) untuk semua pelanggan dengan menggalakkan mereka membeli pakaian berkualiti lebih tinggi yang mampu bertahan lebih lama.
Gaya Ramadan 2022 kini boleh didapati di laman levi.com.my, semua butik Levi’s dan gedung-gedung di seluruh negara.