Kaia Gerber dan BLACKPINK Lisa antara insan bertuah yang memiliki beg tangan baru rekaan CELINE. Tapi sayangnya netizen berbelah bagi dengan reka bentuk beg tangan.
Berkongsi foto di Instagram masing-masing, ikon CELINE Lisa dan Kaia Gerber menayang beg tangan CELINE yang baru. Mereka mempamerkan beg baru yang diberi nama Matelassé Monochrome Celine hasil ciptaan Hedi Slimane, pengarah kreatif CELINE.
Beg bahu berantai itu diperbuat daripada kulit matelassé yang gebu dengan Logo CELINE tentera di depan. Beg itu akan dilancarkan awal musim luruh yang akan datang.
Melihat pemerhatian di portal fesyen antarabangsa Purseblog, ramai merasakan reka bentuk ‘Matelassé Monochrome Celine Bag’ membosankan dan lemah.
“Puffy leather, chunky chain, obvious branding.”
“This creation is simply a poor imitation, or rendition, of the compilation of other design elements made famous by other artistic creators.”
“Not only is it boring, it doesn’t even look well-made. Looks cheap.”
“Tacky and ugly.”
Apa kata anda? Tapi betul, rekaannya sangat tangkap muat.