Psst… DIVA ada berita baik dan best untuk pengantin baru.
Pasangan yang berkahwin pada tiga tahun lepas (termasuk semasa pandemik COVID-19), anda berpeluang untuk berbulan madu di Maldives!
Nak tahu bagaimana?
Menerusi MATTA FAIR, Club Med telah menawarkan pakej bulan madu 5Hari/4Malam di Club Med Kani dan Club Med Finolhu Villas dengan diskaun tambahan dan kemasukan.
Caranya anda perlu beli dan buat tempahan di MATTA FAIR yang berlangsung pada 9-10 April 2022. Tapi wajib kamu tahu, tawaran diskaun ini hanya tertakluk pada tempoh perjalanan sebelum tamatnya September 2022 tau.
Tempah suite di Club Med Kani dan Club Med Finolhu Villas untuk anda dan pasangan menikmati pelbagai faedah percuma seperti:
- 10-15% diskaun harga bilik
- Rawatan Spa Pasangan selama 50 minit
- Makan malam romantik di pantai
- Hadiah alu-aluan iaitu sebotal champagne
Selain diskaun dan pelbagai faedah ditawarkan, anda dan pasangan juga dapat nikmati beberapa perkara menarik lain iaitu;
- Club Med Kani Exclusive Suite Collection Overwater – Lengkap dengan pantai persendirian, ruang istirehat dan bar pantai (boleh diakses oleh tetamu berusia 8 tahun ke atas).
- Club Med Finolhu Villas – Percutian yang tenang dan damai hanya boleh diakses oleh tetamu berusia 18 tahun ke atas.
- Nikmati pengalaman matahari terbit dan terbenam, pengembaraan dalam air, sarapan pagi dan makan malam romantik untuk dua orang.
- Manta Lounge pantai dan bar Exclusive Collection – Ruang khusus untuk tetamu yang tinggal di suite atas air.
Untuk membuat tempahan, harga pakej 5H4M bermula RM7408++ untuk seorang dewasa/semalam di Club Med Kani. Pasangan pula boleh tebus tawaran dengan kemukakan sijil perkahwinan ketika buat tempahan di MATTA FAIR.
Info: Club Med turut memasukkan perlindungan insurans COVID-19 untuk semua penginapan antarabangsa bermula sekarang hingga Disember 2023.