Bila masuk sahaja bulan Ramadan, ramai yang teruja nak menyambut bulan suci ini. Selain dapat memberi perhatian pada ibadah, orang Islam juga dapat menahan hawa nafsu mereka.
Kalau kamu nak tahu, ada yang sudah bersedia dengan menyiapkan diri mereka sebelum menyambut bulan Ramadan. Dan ada sesetengahnya tidak mempunyai waktu yang cukup atau tidak tahu apa yang perlu disediakan.
Jadi apa yang perlu kita sediakan atau lakukan semasa bulan Ramadan? DIVA kongsikan starter pack Ramadan sebagai panduan untuk kamu ikuti.
Al-Quran
Bagi orang Islam, bulan Ramadan merupakan waktu yang terbaik untuk menghayati dan khatam Al-Quran. Bulan selain Ramadan juga boleh lakukannya tetapi bulan Ramadan memberi peluang dan masa yang lebih dari cukup untuk mempelajari Al-Quran.
DIVA syorkan kamu untuk membaca sekurang-kurangnya 2 ke 4 helai Al-Quran setiap kali habis solat fardhu. Sambil-sambil itu jangan lupa untuk baca terjemahannya untuk tahu setiap maksud di sebalik ayat Al-Quran. Apa-apa pun jangan tergesa-gesa, buat sekadar yang kamu mampu sahaja okay?
Bazar Ramadan
Sebut sahaja bulan Ramadan, memang ramai yang teruja nak pergi ke bazar Ramadan. Hanya ada di bulan Ramadan sahaja, jangan pula kamu membeli makanan mengikut hawa nafsu, nanti membazir pada akhirnya.
Jadi beli makanan yang perlu sahaja. Selain elak daripada membazir, kamu juga dapat menjimatkan wang.
Rehat Yang Mencukupi
Penting untuk kamu dapatkan rehat yang cukup, tak kiralah ketika waktu siang atau malam. Ini kerana organ dan otot dalam badan memerlukan masa untuk ‘pulih’.
Sekiranya dapat rehat yang mencukupi, kamu dapat kurangkan tekanan serta dapat tingkatkan mood dan konsentrasi ketika berpuasa. Jangan pula tidur berlebihan ye, nanti bangun tidur makin rasa lemah.
Kekalkan Stamina & Kesihatan
Untuk bulan Ramadan, fizikal yang ‘kuat’ amat diperlukan kerana kamu perlu menahan diri daripada makan dan minum.
Jadi untuk kekalkan stamina dan kesihatan, dapatkan makanan yang berkhasiat. Pada masa yang sama lakukan pelbagai jenis senaman ringan seperti yoga, pilates atau regangan untuk kekal cergas.
Sediakan Makanan Yang Bernutrisi & Sihat
Jika tidak membeli makanan di bazar Ramadan, sediakan makanan yang bernutrisi dan sihat untuk berbuka atau sahur. Perbanyakkan sayur-sayuran dan buah, terutamanya yang kaya dalam serat kerana ia bagus untuk sistem pencernaan.
Walaupun tidak sempat untuk sediakan makanan, jangan pula beli makanan segera kerana badan akan cepat jadi lapar dan keletihan.
Minum Air Dengan Secukupnya
Untuk elakkan dehidrasi dan proses detox berlaku dalam badan, kamu dinasihatkan untuk minum air dengan secukupnya. Tapi DIVA syorkan untuk minum air kosong sahaja. Tujuannya adalah untuk beri kesegaran dan elak badan daripada berasa kekeringan.
Jika kamu minum air bergula atau kafein seperti teh dan kopi terutamanya ketika sahur, jangan terkejut ye bila tengah hari sahaja badan menjadi lembik serta kehausan.
Itulah starter pack yang DIVA sering amalkan setiap kali tibanya bulan Ramadan. Kamu pula bagaimana, cuba kongsikan…