Apa yang kamu makan semasa berbuka semalam? Adakah kamu beli, masak atau berbuka di luar?
Awal-awal puasa kebiasaannya ramai yang akan masak juadah berbuka. Tapi bila masuk minggu kedua dan seterusnya mulalah mencari lokasi untuk berbuka.
Untuk tidak serabut dan pening kepala cari tempat berbuka, DIVA mudahkan kerja kamu. Pertimbangkan beberapa hotel mewah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor ini. Memang best menu juadah berbukanya dan paling penting puas hati sangat!
Jom lihat senarai hotel mewah untuk berbuka puasa di bawah;
#1 The Chow Kit [PETA]
Juadah berbuka puasa yang diberi nama Citarasa Ramadan ini sangat lain daripada yang lain. Ini kerana juadahnya dihidangkan dalam dulang seperti zaman dulu-dulu. Kalau berbuka dekat sini, jangan lupa untuk cuba kuih-muih dan cucur udangnya tau.
Harga:
- RM 250: 2 atau 3 orang sekumpulan
- RM 450: 4 atau 5 orang sekumpulan
- Untuk kumpulan yang besar, pilihan tambahan disediakan.
Tempahan : 03 2778 6688 (Bermula 3 April-2 Mei)
#2 Hilton Petaling Jaya [PETA]
Di Hilton Petaling Jaya, juadah berbuka puasa ‘Kembalinya Ramadan’ terdiri daripada 150 hidangan Malaysia termasuklah hidangan Asia Tengah dan Barat. Yang jadi tumpuan orang ramai adalah Kambing Golek Tandoori, Nasi Biryani dan Itik Bakar Rangup.
https://www.instagram.com/p/CbM2hjsv8AN/
Harga:
- RM 198 nett: Dewasa (1 orang)
- RM 98 nett: Kanak-kanak (5-11 tahun)
Tempahan : 03 7955 9122 / pethi_fb@hilton.com (Bermula 2 April-2 Mei)
#3 Shangri-La Kuala Lumpur [PETA]
Nak rasai makanan Malaysia, Asia atau Timur Tengah di satu tempat, jemputlah datang berbuka di ‘Bazar Ramadan’ Lemon Garden, Shangri-La Kuala Lumpur.
Harga:
- RM 198nett/dewasa: Isnin-Khamis
- RM 268nett/dewasa: Jumaat-Ahad
- Untuk kanak-kanak 6-12 tahun separuh harga dikenakan / Kanak-kanak bawah 6 tahun percuma.
Tempahan : 03 2074 3900 (Bermula 2 April-4 Mei)
#4 The Majestic Kuala Lumpur [PETA]
Kalau berbuka di The Majestic Kuala Lumpur, kamu boleh nak berbuka di Majestic Ballroom atau Contango. Di Majestic Ballroom (The Majestic Festive Banquet) kamu boleh nikmati lebih 100 juadah resepi Melayu klasik. Manakala di Contango (The Festive Variety Dinner) pula kamu boleh nikmati hidangan antarabangsa dari Itali hingga ke Jepun.
Harga:
- The Majestic Festive Banquet: RM180++/seorang
- The Festive Variety Dinner: RM150++/seorang
Tempahan:
- The Majestic Festive Banquet (8-28 April): 011 2163 7451 (WhatsApp) / enquiry@majestickl.com
- The Festive Variety Dinner (Sehingga 1 Mei): 014 647 1060 (WhatsApp) / guestservices@majestickl.com
#5 Sheraton Petaling Jaya Hotel [PETA]
Sheraton Petaling Jaya Hotel pula menampilkan Citarasa Rantau yang mengembalikan nostalgia makanan kampung. Di sini kamu boleh nikmati makanan klasik atau antarabangsa untuk berbuka ataupun sahur.
Harga:
- Citarasa Rantau: RM 158 (Dewasa) | RM 79 (Kanak-kanak)
- Santapan Iftar: RM118 (Dewasa) | RM59 (Kanak-kanak)
Tempahan : Citarasa Rantau (3 April-2 Mei) / Santapan Iftar (8-29 April)
- Telefon/WhatsApp Feast : 017 228 6189
- Telefon Grand Ballroom : 017 228 6098
- Telefon Hotline : 03 7622 8812
- Email : dining.spj@sheraton.com
#6 The Ritz-Carlton Kuala Lumpur [PETA]
Untuk Ramadan tahun ini hotel mewah, The Ritz-Carlton Kuala Lumpur telah bekerjasama dengan Chef Rasikan daripada Shook! di The Starhill Dining. Juadah berbuka dengan citarasa Thai ini terdiri daripada Murk Ka-Taim Pring Thai (sotong goreng dengan sos lada bawang putih) dan Sod Phad Tai Goong serta Ikan Siakap Asam Pedas.
Harga:
- RM 138 (Dewasa)
- RM 69 (Kanak-kanak 12 tahun dan kebawah)
Tempahan : 011 1764 6056 / dining@ritzcarltonkl.com (Sehingga 30 April)
Apa-apa pun jangan lupa untuk tempah dulu sebelum berbuka okay? Selamat berpuasa!