Kenapa Sonam Kapoor diangkatkan sebagai ikon fesyen di India? Media di sana kreditkan dia sebagai salah seorang selebriti paling bergaya di India.
Sama ada solekan atau pakaian, Sonam tahu cara menggayakan seperti seorang profesional. Jadi apakah yang menjadikannya ikon fesyen yang dipandang semua orang?
Pakar fesyen berpendapat keberanian Sonam tampil dengan fesyen statement ketika karpet merah dan permainan gayanya yang kuat dari awal karier seni hinggalah sekarang. Setiap pieces yang dipakainya, akan menjadi buah mulut warga net sana. Disebabkan itu, nama Sonam dan fesyen tidak dapat dipisahkan.
Lagi satu, anak kepada Anil Kapoor ini seringkali terlibat malah menjadi wajah untuk kebanyakan jenama nasional dan antarabangsa. Oleh itu, dia dianggap sebagai ikon fesyen.
Memukau dengan padanan hijau pokok pisang dan merah jambu
Unik sekali dengan gaun kembang polkadot
Fabrik satin oren naikkan seri si tinggi lampai ini
Sonam bold dengan permainan corak belang
Bagaikan seorang puteri dengan floral yang cantik manis
Monokrom yang high fashion
Imej gadis nerd dengan floral dress dan blazer turquoise
Padanan skirt pleated dan jaket denim manis sekali
Persalinan lehenga yang kilauan emas bergemerlapan
Sari putih suci bersama berlian hijau menusuk kalbu
Nak tengok apa yang Sonam pakai lagi, follow Instagram. DIVA nak ucapkan tahniah atas kehamilan anak pertama.